Berita Harian

Shaheizy Sam jayakan kempen susu kultur Calpis

-

Kuala Lumpur: Bagi mempromosi­kan faedah serat dalam minuman susu kultur pertama Jepun, Calpis akan bekerjasam­a dengan pelakon popular, Shaheizy Sam dan penyanyi, Siti Nordiana dalam menjayakan kempen Kebaikan Terserlah Dengan Calpis.

Pemilihan itu dibuat berdasarka­n ciri-ciri unik dan karisma yang ada pada Sam sebagai bapa yang selalu inginkan yang terbaik untuk anak-anak.

Timbalan Presiden Pemasaran Etiika Sdn Bhd, T Sundaram, berkata pemilihan Sam berlandask­an cara hidup beliau dalam menjaga gaya hidup aktif amat sesuai untuk mencermink­an jenama Calpis.

Katanya, selain menukar gaya hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan bersenam, pengambila­n minuman susu berkultur diperbuat daripada susu yang ditapai dengan laktobasil­i dan bersifat bifidogeni­k turut membantu dalam menjaga sistem pencernaan.

“Minuman Calpis bukan saja mempunyai rasa yang enak tetapi membantu memperbaik­i sistem pencernaan bagi membolehka­n pengguna hidup dalam suasana yang sihat,” katanya.

Jaga penghadama­n

Bagi Sam pula, dipilih untuk bekerjasam­a dengan Calpis adalah sesuatu yang istimewa berikutan beliau sendiri gemarkan cara hidup sihat dan ia amat sesuai dengan dirinya yang aktif.

“Minuman berserat Calpis boleh menjaga penghadama­n saya sekali gus dapat menyempurn­akan hari saya dengan aura positif.

“Dengan rasa yang pelbagai, berupaya menambat hati sesiapa saja yang memulakan harinya dengan Calpis,” katanya.

Selain memperkena­lkan pelakon itu sebagai duta kempen terbaharu, Calpis turut menyoroti sejarah kewujudann­ya berhubung kewujudan dalam penjagaan kesihatan penghadama­n sejak 1904.

Malah selama 99 tahun Calpis menyajikan minuman kesihatan kepada pengguna sehingga minuman itu kini menjadi satu budaya dalam penjagaan kesihatan dalaman.

Calpis menyediaka­n minuman susu kultur menyegarka­n dalam pelbagai perisa seperti mangga, strawberi, anggur dan serat asal iaitu oren yang boleh didapati dalam saiz botol 350 mililiter dan satu liter.

Menerusi kempen ini juga, Calpis mengadakan pertanding­an mingguan bermula 26 Mac lalu sehingga 22 April depan, di mana peminat Calpis berpeluang memenangi hadiah wang tunai.

Bagaimana caranya? Penyertaan boleh dibuat di laman Facebook Calpis Malaysia iaitu dengan memuatnaik paparan skrin (screenshot) di bahagian komen disertai tanda pagar #calpis #calpisfibr­e.

Seramai 40 pemenang berpeluang menang RM100, satu set minuman Calpis 350 mililiter dan satu set Oreo Thins Tiramisu 95 gram. Untuk maklumat lanjut kempen, boleh lawati www.etikaholdi­ngs.com.

Minuman berserat Calpis boleh menjaga penghadama­n saya” Shaheizy Sam Pelakon

 ??  ?? Sam jayakan kempen Kebaikan Terserlah Dengan Calpis.
Sam jayakan kempen Kebaikan Terserlah Dengan Calpis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia