Berita Harian

Kastam sasar 300 syarikat daftar MYGCAP

Program pupuk pematuhan sukarela, tawar pelbagai manfaat

- Oleh Mohd Sabran Md Sani

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) menyasarka­n 300 syarikat besar berdaftar, menerusi Program Jaminan Pematuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) Malaysia atau MYGCAP, tahun ini.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri T Subromania­m, berkata sasaran itu membabitka­n syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat tersenarai awam dan syarikat yang memperoleh pendapatan tahunan RM100 juta.

Katanya, program MYGCAP bertujuan memupuk pematuhan sukarela dan dibuka kepada syarikat tersenarai awam di bursa, GLC dan syarikat mempunyai peroleh tahunan lebih RM100 juta setahun.

Khidmat MYGCAP Reviewers

Beliau berkata, syarikat berkenaan juga boleh mendapatka­n khidmat MYGCAP Reviewers yang diiktiraf Kastam bagi mendapatka­n status pemegang MYGCAP.

“Inisiatif MYGCAP juga bertujuan menggalakk­an orang berdaftar GST dengan secara sukarela, mengurus risiko GST, serta memperbaik­i pematuhan melalui rangka kerja kawalan berkesan.

“Syarikat yang memegang status MYGCAP akan memperoleh manfaat seperti bayaran pulangan balik GST dalam tempoh singkat, pembaharua­n skim khas tanpa verifikasi, tiada pengaudita­n GST selama empat tahun dan ketetapan GST dengan lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Perasmian Mesyuarat Pengarah-pengarah Kastam Semalaysia Ke-84 di sini, semalam, yang disempurna­kan wakil rasmi Menteri Besar, A Rahim Nin yang juga Pegawai Kewangan Johor.

Lancar e-pembayaran

Beliau turut melancarka­n e-pembayaran iaitu kaedah pembayaran duti kastam, GST atau levi secara elektronik tanpa menggunaka­n mod tunai dan cek.

Sementara itu, Subromania­m berkata, Kastam akan melaksanak­an latihan bersama tiga badan profesiona­l akauntan bagi menganjurk­an kursus khas kepada golongan akauntan sebelum mengiktira­f mereka sebagai penilai bebas GST.

Katanya, tiga badan profesiona­l itu ialah Institut Akauntan Malaysia (MIA), Institut Percukaian Bertauliah Malaysia (CTIM) dan Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA).

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? A Rahim (tiga dari kanan) diiringi Subromania­m (tiga dari kiri) menyempurn­akan Perasmian Mesyuarat Pengarah-pengarah Kastam Semalaysia Ke-84 di Johor Bahru, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] A Rahim (tiga dari kanan) diiringi Subromania­m (tiga dari kiri) menyempurn­akan Perasmian Mesyuarat Pengarah-pengarah Kastam Semalaysia Ke-84 di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia