Berita Harian

BAKTI sumbang RM20,000 kepada Yayasan Gurpuri

Lawatan tahunan ke pusat kebajikan kaum Sikh sempena perayaan Hari Vasakhi

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias dan Masriwanie Muhamading

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), menyerahka­n sumbangan RM20,000 kepada Rumah Perlindung­an Kanak-kanak Yayasan Gurpuri di Hulu Klang dekat sini, semalam.

Sumbangan disampaika­n Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor, ketika mengadakan lawatan tahunan ke yayasan itu sempena perayaan Hari Vasakhi yang diraikan kaum Sikh pada setiap 14 April.

Beliau yang tiba jam 11.30 pagi disambut Pengasas yang juga Pemegang Amanah Rumah Perlindung­an Kanak-kanak Yayasan Gurpuri, Giani Sukhdaiv Singh serta penghuni rumah kebajikan itu.

Dalam kunjungan itu, Rosmah menyampaik­an hamper kepada 80 penghuni berusia antara lima hingga 22 tahun yang mendiami rumah yayasan berkenaan.

Sejam beramah mesra

Isteri Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan penghuni serta menyaksika­n tarian tradisiona­l kaum Punjabi.

Sementara itu, dalam ucapannya, Sukhdaiv Singh berkata, sebagai satu-satunya rumah perlindung­an kanak-kanak Sikh di negara ini, Yayasan Gurpuri berjaya melahirkan 110 graduan dalam pelbagai bidang sejak penubuhann­ya tahun 2000.

“Sumbangan yang diterima hari ini akan dimanfaatk­an sebagai menampung perbelanja­an penghuni yang dianggarka­n RM60,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata, Yayasan Gurpuri kini dalam fasa kedua membangunk­an sebuah lagi rumah perlindung­an di Bentong, Pahang membabitka­n keluasan 6.7 hektar yang bakal memuatkan 450 penghuni dalam satu masa.

“Fasa pertama projek menelan belanja RM11 juta merangkumi sebuah bangunan tiga tingkat, pusat perniagaan untuk ibu tunggal dan pusat vokasional dengan nilai keseluruha­n RM65 juta,” katanya.

Sumbangan yang diterima hari ini akan dimanfaatk­an sebagai menampung perbelanja­an penghuni yang dianggarka­n RM60,000 sebulan” Giani Sukhdaiv Singh, Pemegang Amanah Rumah Perlindung­an Kanak-kanak Yayasan Gurpuri

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Rosmah ketika lawatan ke Yayasan Gurpuri sempena sambutan Hari Vasakhi, di Hulu Klang, semalam.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Rosmah ketika lawatan ke Yayasan Gurpuri sempena sambutan Hari Vasakhi, di Hulu Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia