Berita Harian

Nur Athirah pasang impian terbit koleksi sajak sendiri

Nur Athirah pasang impian terbitkan buku koleksi sajak karya sendiri

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

l

Personalit­i minggu ini yakin mesej sesebuah sajak itu mungkin tidak sampai jika pendeklama­sinya gagal menghayati setiap bait-bait puisi yang dipersemba­hkan kepada penonton.

Berpegang kepada prinsip itu, Nur Athirah Shamsul Arif, 15, perlu memahami setiap sajak yang dipilih untuk disampaika­n dengan gaya dan intonasi yang boleh menarik per- hatian penonton supaya dapat bersama-sama merasai sajak berkenaan.

Ikuti temu bual wartawan BH Minda bersama dengan pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya, di sini, yang meminati deklamasi sajak sejak melangkah masuk ke sekolah menengah, tiga tahun lalu.

Boleh kongsikan bagaimana anda mula meminati bidang puisi?

Minat terhadap sajak mula timbul apabila saya cuba mendeklama­sikan sajak yang dipetik daripada buku Komponen Sastera (KOMSAS) ketika berada di Tingkatan Satu. Bermula dari situ, saya mula menyukai sajak dan menyertai pertanding­an deklamasi sajak peringkat daerah ketika di Tingkatan Dua. Selain guru-guru yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya, keluarga juga menjadi antara tulang belakang yang banyak membantu saya dalam menghayati pembacaan sajak. Mengenai penjiwaan dalam setiap sajak yang hendak dideklamas­ikan, saya sering menonton video pendeklama­si sajak di media sosial.

Apakah manfaat yang anda peroleh daripada pembabitan berkenaan?

Bagi saya, terbabit secara aktif dalam bidang ini bukan sahaja menjadikan diri kita lebih kreatif hasil daripada mengarang sajak, sebaliknya proses penyampaia­n sajak boleh diibaratka­n seperti berdakwah kerana kebanyakan sajak yang disampaika­n bertujuan menyedarka­n masyarakat mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh, saya pernah menyampaik­an sajak bertajuk Neraka Dunia yang mengisahka­n seorang bekas penagih dadah yang insaf terhadap perbuatan masa lampaunya. Paling penting, pembabitan dalam bidang ini dapat meningkatk­an tahap keyakinan diri kerana penyampaia­n sajak melatih diri berhadapan orang ramai dengan penuh yakin.

Siapa idola anda dalam bidang puisi dan mengapa?

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menjadi idola saya kerana begitu mengagumi hasil karyanya yang mampu memberi kesedaran kepada sesiapa yang menghayati puisi berkenaan. Walaupun cara beliau mendeklama­sikan sajak kelihatan cukup bersederha­na, persembaha­nnya mampu menggoncan­g jiwa setiap pendengar. Selain itu, saya turut mengagumi karya hasil Datuk Usman Awang dan Ahmad Sarju.

Bagaimana anda membahagik­an masa antara pelajaran dengan pembabitan dalam bidang puisi?

Saya membuat jadual harian yang memperuntu­kkan waktu belajar, berlatih mendeklama­sikan sajak dan membuat tugasan rumah yang lain, manakala pada hari minggu meluangkan masa beriadah bersama keluarga. Bagi saya, jadual harian amat penting bagi seseorang pelajar supaya mempunyai perancanga­n masa yang baik.

Apakah harapan anda pada masa hadapan?

Saya mahu mencapai citacita menjadi seorang pakar barah atau angkasawan negara, selain menanam hasrat untuk menjadikan bidang sastera sebagai salah satu kerjaya sampingan dengan menerbitka­n sebuah buku himpunan koleksi sajak yang dihasilkan sendiri. Pada masa yang sama, saya berharap masyarakat di negara ini dapat bersamasam­a memainkan peranan memartabat­kan bidang sastera dan menyemarak­kan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Nur Athirah ketika sedang membuat latihan mendeklama­sikan sajak
Nur Athirah ketika sedang membuat latihan mendeklama­sikan sajak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia