Berita Harian

40 peneroka dapat lot tapak rumah

Inisiatif bolehkan generasi kedua FELDA Jengka 2 bina kediaman

- Oleh Wan Kemat

Seramai 40 peneroka FELDA Jengka 2 menjadi kumpulan pertama generasi kedua di negeri ini menerima lot tapak rumah untuk membina kediaman sendiri.

Surat tawaran lot tapak rumah berkenaan disampaika­n oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Seri Shahaniza Samsuddin yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul.

Shahaniza berkata, pemberian lot tapak rumah berkenaan adalah inisiatif kerajaan Pahang dengan FELDA dan 40 peneroka berkenaan adalah kumpulan pertama mendapat manfaat menerusi langkah itu.

Katanya, kerajaan Pahang mengadakan perbincang­an yang panjang dengan FELDA untuk melak- sanakan inisiatif berkenaan kerana ia membabitka­n pelbagai prosedur dan sukar dilaksanak­an berikutan tanah dimiliki FELDA mempunyai sekatan di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompo­k)1960 (Akta GSA).

“Namun selepas perbincang­an dilakukan lebih lima tahun akhirnya kedua-dua pihak bersetuju memberikan lot tanah kosong kepada generasi kedua FELDA untuk mereka membina rumah,” katanya berucap menyampaik­an surat tawaran lot tapak rumah itu di sini, semalam.

Teliti kaedah pemberian

Mengulas lanjut, Shahaniza berkata, kerajaan Pahang akan meneliti kaedah pemberian lot tanah yang sesuai dilaksanak­an bagi memberi peluang kepada generasi kedua FELDA mendapat tapak lot dan membina kediaman sendiri.

“Sekiranya kaedah ini sesuai dan disukai generasi kedua maka lebih banyak lot tanah akan diagihkan supaya isu ketiadaan rumah kediaman dapat diselesaik­an,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an mereka yang mendapat lot tapak rumah itu supaya tidak menjualnya kepada orang lain semata-mata untuk mendapat keuntungan segera tanpa memikirkan masa depan.

“Mereka seharusnya merancang membina rumah supaya dapat menikmati kehidupan lebih selesa apabila memiliki kediaman sendiri.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membantu golongan belia untuk meningkatk­an taraf hidup termasuk dalam aspek perumahan,” katanya.

 ?? [FOTO WAN KEMAT /BH] ?? Shahaniza (tengah) bersama 40 generasi kedua FELDA Jengka 2 pada majlis penyerahan surat tawaran lot tapak rumah di Maran, semalam.
[FOTO WAN KEMAT /BH] Shahaniza (tengah) bersama 40 generasi kedua FELDA Jengka 2 pada majlis penyerahan surat tawaran lot tapak rumah di Maran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia