Berita Harian

Mahkamah batal permohonan Anina

-

Putrajaya: Mahkamah Persekutua­n semalam membatalka­n permohonan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin, bagi mendapatka­n kebenaran untuk merayu dalam kes saman dikemukaka­nnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kes saman itu berhubung dakwaan bahawa Perdana Menteri melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dan pentadbira­n membabitka­n kes 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif membatalka­n permohonan itu selepas diberitahu bahawa peguam mewakili Anina menarik diri daripada mendengar permohonan berkenaan.

Yang turut bersidang, Hakim Mahkamah Persekutua­n, Datuk Seri Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Aziah Ali.

Terdahulu, peguam Irzan Iswad yang menyebut bagi pihak peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitah­u mahkamah, pihaknya menarik diri daripada mendengar rayuan kes itu.

Irzan berkata, kertas kausa (cause paper) sudah diserahkan kepada Anina pada 5 Mac lalu, bagaimanap­un beliau selaku pemohon tidak hadir ke mahkamah semalam.

Pemohon tidak bantah

“Kami dimaklumka­n bahawa pemohon tidak membantah terhadap permohonan kami untuk menarik diri,” katanya.

Panel kemudian membenarka­n permohonan peguam untuk menarik diri.

Anina memohon untuk mendapatka­n kebenaran merayu dalam kes samannya bersamasam­a Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap Najib membabitka­n kes 1MDB.

Mahkamah Persekutua­n pada 27 Februari lalu menolak permohonan Dr Mahathir dan Khairuddin bagi kebenaran untuk merayu dalam kes saman berkenaan.

Pada 30 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan ketiga-tiga mereka dan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Najib bukan penjawat awam.

Najib berjaya batal saman

Najib berjaya membatalka­n saman terbabit pada 28 April tahun lalu, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati saman itu tidak boleh dipertahan­kan dan Perdana Menteri, menteri, timbalan menteri serta setiausaha politik bukan penjawat awam mengikut takrifan Artikel 160(2) Persekutua­n, sebaliknya ahli pentadbira­n.

Dalam pernyataan tuntutan difailkan 23 Mac tahun lalu, ketiga-tiga plaintif mendakwa Najib sengaja mengganggu siasatan dakwaan mengenai 1MDB dan syarikat berkaitan serta siasatan aliran masuk wang RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC Internatio­nal ke dalam akaun peribadiny­a.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 21 Februari 2017.
Keratan akhbar BH 21 Februari 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia