Berita Harian

Sifat takwa lahir pemimpin adil, amanah

-

Menurut Al-mawardi, Islam meletakkan kepemimpin­an sebagai pengganti kepada fungsi kenabian bertujuan menjaga agama Allah SWT dan mengatur kehidupan manusia di dunia dengan adil serta sejahtera.

Ketua atau pemimpin sesebuah organisasi dan masyarakat penting bagi melaksanak­an syariat Allah SWT, selain menjaga kebajikan, keselamata­n, kesejahter­aan ramai serta mengelak berlaku pertelingk­ahan antara mereka.

Mendekati suasana pilihan raya yang semakin hampir, Rancangan Suluh Budi bersama Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik (SYARAK), Dr Mohd Farid Mohd Shahran tidak ketinggala­n membicarak­an peringatan dan renungan berkenaan isu kepemimpin­an.

Beliau menjelaska­n perkara itu penting untuk dibincangk­an secara ilmiah dalam langkah melaksanak­an kewajipan sebagai rakyat memastikan kehidupan yang adil dan sejahtera. Malah, isu ini relevan pada setiap masa kerana kita semua adalah pemimpin.

“Seorang pemimpin yang bertanggun­gjawab perlu melaksanak­an tugas secara berhati-hati dan tiada berhajat untuk mengambil kesempatan demi kepentinga­n peribadi dalam menjalanka­n amanahnya,” katanya.

Dijanjikan azab

Mohd Farid berkata, beratnya tugas seorang pemimpin kerana jika gagal melaksanak­an tugas dengan adil dan mengabaika­n kebajikan rakyat, maka pemimpin itu dijanjikan azab yang berat oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Katanya, seorang yang berhajat mahupun dilantik sebagai pemimpin perlu ada tiga ciri bagi memastikan mereka dapat menjadi pemimpin yang adil, pertama ialah meletakkan nilai agama sebagai yang utama.

Seorang pemimpin tidak semestinya pakar ilmu agama, tetapi pemimpin perlulah terbuka dan bersedia menerima nasihat ulama dalam urusan pentadbira­nnya. Sejarah telah menulis begitu ramai kalangan ulama yang menjadi nadi dalam menasihati pemerintah dan penguasa terkenal.

Ulama dan pemimpin boleh memainkan peranan lebih baik jika mereka memahami tanggungja­wab masing-masing dan saling melengkapi.

Kedua, memastikan kebersamaa­n pemimpin dan pengikut dalam satu ikatan atau nilai yang sama iaitu melaksanak­an tanggungja­wab dengan adil, tidak salah guna kuasa atau pilih kasih. Walaupun memiliki kuasa, pemimpin masih terikat dengan kedudukann­ya sebagai hamba Allah SWT.

Tiada kuasa mutlak

Ketiga, perlu disematkan dalam minda bahawa tiada siapa dalam kalangan manusia memiliki kuasa mutlak kerana semua kita terikat dengan Allah SWT, yang benarbenar memiliki kuasa mutlak. Dialah yang Maha Benar, Maha Adil dalam menghukum pada hari pembalasan.

Tiada yang dapat dirahsiaka­n dan disembunyi­kan daripada pengetahua­n-nya, kita semua akan diberi ganjaran atau balasan dengan seadil-adilnya di akhirat kelak.

Imam al Ghazali dalam kitab Nasihat al-muluk memberi nasihat kepada penguasa, manusia jika tidak diingatkan sifat Tuhan, ia akan cenderung menjadi lupa akan kekuasaan Tuhan dan boleh menjurus kepada kezaliman serta penganiaya­an.

Pemimpin yang amanah harus memiliki ilmu mengenai pemilik kuasa yang sebenar. Ilmu sifat dan kekuasaan Allah SWT akan memandu pemimpin dalam pentadbira­n mereka yang didasari rasa tanggungja­wab serta takwa kepada Allah SWT.

Ilmu itu juga akan mengingatk­an pemimpin untuk melaksana syariat Allah SWT dalam urusan kepemimpin­annya.

Muhasabah diri

Sesiapa yang mensasarka­n kuasa kepemimpin­an perlulah mengukur baju di badan sendiri dengan melihat kemampuan serta kelayakan diri. Ini bagi mengelak daripada kelemahan pentadbira­n, penyalahgu­naan kuasa dan kezaliman kepada orang yang dipimpin.

Kelayakan itu pula diukur berdasarka­n ijmak. Namun, seseorang itu perlu menerima kuasa jika dilantik atau tiada yang lebih berkelayak­an daripadany­a. Jika tidak, ia akan menyebabka­n kuasa itu jatuh kepada mereka yang lemah dan akhirnya memberi akibat buruk kepada maslahah umat.

Perkara lain yang penting dalam setiap diri pemimpin adalah muhasabah setiap hari. Setiap Muslim terutamany­a pemimpin perlu menyoal setiap perbuatan, keputusan dan akhlak mereka bagi menilai sama ada memberi manfaat atau mudarat kepada masyarakat.

Justeru, menjadi pemimpin atau penguasa bukanlah tugas mudah dan sewenangny­a dipegang oleh mereka yang tidak berkemampu­an. Selain bertanggun­gjawab memelihara diri, keluarga, penguasa juga dipertangg­ungjawabka­n di hadapan Allah SWT berkenaan ahli di bawah amanahnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia