Berita Harian

Hawkins tinggalkan media sosial ketika berkarya

-

Kuala Lumpur: Novelis Britain, Paula Hawkins mungkin mendapat publisiti terbesar dalam hidupnya apabila novel beliau, The

Girl on The Train dibaca oleh bekas Presiden Amerika, Barack Obama.

Selain itu, The Girl on the Train juga memintas rekod jualan terlaris yang pernah dipegang oleh Dan Brown. Novel pertama yang terbit pada 2015 itu menjulang nama Hawkins yang sebelum ini bertugas sebagai wartawan meja ekonomi majalah Times.

Menurut laporan The Guardian, Hawkins berkata, untuk menjadi pengarang yang baik perlu menulis cerita yang anda mahu dan persembahk­an dengan kaedah yang terbaik.

“Jangan terpengaru­h dengan fenomena semasa dan jika mahu menulis, tinggalkan media sosial seketika,” katanya.

Hasilkan empat novel

Selepas kelahiran novel pertamanya The Girl On The Train yang kemudian diangkat ke layar perak pada 2016, pengarang Britain kelahiran Zimbabwe itu sudah menghasilk­an empat buah novel. Bagaimanap­un, beliau tidak berminat untuk menyambung The Girl

On The Train 2 kerana mahu menghasilk­an cerita lain.

Hawkins berkata, pada awal pembabitan­nya dalam dunia penulisan, beliau gemar karya romantik komedi, namun perlahanla­han penulisann­ya disifatkan semakin ‘gelap’. Beliau lebih cenderung menulis hal nestapa seperti penderaan dan romantik komedi bukanlah kekuatanny­a.

Tambahnya, apabila mengalami ketandusan idea ketika mengarang, beliau akan mengulang membaca naskhah yang baik.

“Bacalah karya yang akan membantu anda menjadi penulis lebih baik dan elakkan gangguan. Jika mula menulis, saya akan memaksa diri untuk meninggalk­an seketika media sosial walaupun sebenarnya saya sangat sukakan Twitter,” katanya.

 ??  ?? Paula Hawkins
Paula Hawkins

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia