Berita Harian

Hajatpasan­gan bawah umur mahu kahwin tak kesampaian

-

Bantaeng: Hasrat pasangan kekasih bawah umur untuk berkahwin tidak kesampaian selepas majlis itu terpaksa ditangguhk­an buat sementara waktu kerana dokumen kebenaran nikah belum ditandatan­gani pegawai daerah setempat.

SINDONEWS melaporkan, Syamsuddin, 15, dan pasanganny­a Fitra Ayu, 14, perlu menunggu dengan sabar kerana mereka hanya boleh melangsung­kan pernikahan selepas mendapat kebenaran pegawai daerah Bantaeng.

“Sepatutnya kami bernikah hari ini (semalam) tetapi ditangguhk­an kerana masih ada dokumen yang belum lengkap,” kata Syamsuddin.

Fitra Ayu beri alasan

Menurut Tribunbant­aeng.com, pasangan berkenaan yang sudah menghadiri Kelas Bimbingan Perkahwina­n, Khamis lalu tiba di Pejabat Agama Daerah Bantaeng semalam ditemani penjaga masingmasi­ng untuk urusan pernikahan itu.

Pasangan muda berkenaan yang masih bersekolah itu menjadi tular di media sosial di Indonesia selepas mereka memutuskan untuk berkahwin pada usia muda.

Antara alasan pasangan berkenaan ketika memohon untuk berkahwin pada usia muda adalah Fitra Ayu takut tidur seorang diri selepas ibunya meninggal dunia manakala bapanya sering keluar daerah atas urusan kerja.

Ketua Bahagian Perlindung­an dan Pertumbuha­n Kanak-kanak Bantaeng Siti Ramlah turut berkata, pernikahan tetap akan berlangsun­g cuma mereka perlu mendapatka­n tandatanga­n daripada pegawai daerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia