Berita Harian

Kompany rai kejuaraan bersama peminat United

-

London: Kapten Manchester City, Vincent Kompany meraikan kejayaan pasukannya menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama peminat Manchester United dan kemudian mencabar kelab itu mencipta kejayaan sekali lagi pada musim depan.

City memastikan kejuaraan tanpa perlu menyepak bola selepas seteru tetangga, Manchester United mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada West Bromwich Albion, kelmarin.

Kompany yang menonton perlawanan itu di rumah bersama isterinya, Carla Higgs, dan menjemput ayahnya yang juga peminat United menyaksika­n perlawanan itu.

Watak penting City

Tontonan mereka sekeluarga itu mendapat perhatian media sosial selepas gambar ayah Carla yang memakai jersi United, sementara Kompany meraikan kejayaan kelabnya, dimuat naik di laman sosial.

“Ia menunjukka­n bagaimana bola sepak di Manchester apabila kami mempunyai Reds di dalam keluarga dan juga Blues tetapi hari ini (semalam) adalah hari buat The Blues.

Ia sebenarnya adalah kelakar. Ia adalah hari yang he- bat,” kata Kompany.

Kompany dilihat bercakap bersama rakan sepasukan City, Kevin De Bruyne dan Kyle Walker menerusi aplikasi Facetime bagi meraikan kejayaan mereka dengan nenek Carla bertanya mereka “Adakah mereka mahu datang?”

Kompany bersama kelab City sejak 2008 dengan memainkan peranan utama dalam kelab itu.

Pemain berumur 32 tahun itu adalah watak penting di sebalik ketiga-tiga kejayaan EPL yang dijulang City, begitu juga kemenangan Piala FA dan Piala Liga. Kapten Manchester City

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia