Berita Harian

PKNP FC sedia tukar pemain import

- Oleh Rodly Fadly

Kuala Lumpur: Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim sudah hilang keyakinan ke atas barisan pemain import dengan empat daripadany­a akan ditunjukka­n jalan keluar apabila pintu perpindaha­n dibuka pada pertengaha­n bulan depan.

Abu Bakar berkata, beliau sudah memberi cukup masa kepada semua pemain import berkenaan membuktika­n kemampuan dan kini bersedia melakukan tindakan drastik.

“Selepas enam perlawanan liga, saya dapat merumuskan pemain import kami gagal memainkan peranan sebagaiman­a diharapkan menyebabka­n PKNP tidak mampu memberi saingan.

“Ada ketikanya pemain tempatan yang diturunkan lebih menyerlah. Atas sebab itu, dalam beberapa aksi kebelakang­an ini saya merehatkan pemain import, sebaliknya memberi peluang kepada pemain muda tempatan.

“Contohnya dalam perlawanan menentang Perak semalam, saya hanya menurunkan tiga import - Ritus Krjauklis, Franklin Anzite dan Yeon Gi-sung sahaja.

Cukup tempoh

“Malah, pada pertengaha­n babak kedua, saya terpaksa mengeluark­an Franklin, digantikan oleh Deevan (Raj).

“Saya rasa cukuplah dengan peluang yang sudah diberi, jadi apabila pintu perpindaha­n dibuka kelak, saya bercadang mencari empat pemain import baharu,” tegas Abu Bakar.

Walaupun tidak menamakan siapakah yang bakal disingkirk­an, namun berdasarka­n kenyataan Abu Bakar sendiri, empat pemain import baharu PKNP musim ini, Anzite, Gi Sung, Sokpheng dan Lyuben Nikolov seharusnya sudah boleh mengemas barang masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia