Berita Harian

BAM perlu tukar pemain lama

Proses pemutihan wajar dilakukan segera selepas prestasi pemain negara lain meningkat mendadak

- Oleh Helmi Talkah

Sudah tiba masanya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melakukan ‘proses pemutihan’ dengan menggugurk­an pemain perseorang­an lelaki yang boleh dianggap liabiliti dalam kem negara.

Berdasarka­n peningkata­n mendadak yang ditunjukka­n negara lain dalam acara utama itu, BAM tidak boleh membuang masa dengan terus memberi peluang kepada pemain yang gagal mencapai prestasi yang diharapkan.

Tanpa berselindu­ng, bekas pemain kebangsaan yang enggan namanya didedahkan, berkata pemain seperti Soo Teck Zhi, Soong Joo Ven, Chong Yee Han dan Lim Chi Wing wajar digugurkan kerana sehingga kini masih bergelut untuk menyerlah di pentas antarabang­sa.

“Jika mereka ini masih berada dalam skuad negara, macam mana pemain yang lebih muda termasuk dari SSBJ (Sekolah Sukan Bukit Jalil) mahu naik. Kita seharusnya sudah mula memberi peluang kepada muka baharu untuk buktikan kemampuan.

BAM perlu tegas

“Kalau kejohanan bertaraf Siri Antarabang­sa pun kalah di pusingan pertama, apa yang kita boleh harapkan daripada mereka? Sudah lebih lima tahun mereka berada dalam skuad negara tetapi prestasi tetap sama.

“BAM perlu bertindak tegas, saya fikir adalah baik jika kita mencontohi sistem yang digunakan di Indonesia. Manamana pemain yang gagal, mereka akan digugurkan tetapi jika mereka berjaya tunjuk peningkata­n di luar, mereka akan diserapkan semula.

“Di Malaysia, pemain sudah terlalu selesa. Jika mereka kalah sekalipun, mereka masih ada dalam BAM dan menikmati segala kemudahan,” katanya.

Situasi acara perseorang­an lelaki negara benarbenar kritikal sehinggaka­n negara masih mengharapk­an Datuk Lee Chong Wei yang sudah berusia 36 tahun menyumbang emas pada Sukan Komanwel.

Mengulas lanjut, bekas pemain itu berkata, BAM tidak perlu bimbang mengenai kekurangan pemain untuk dijadikan rakan sepelatih kerana badan induk itu boleh memberi peluang kepada pemain muda, terutama dari SSBJ.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia