Berita Harian

MHC tetap puas hati prestasi hoki

-

Kuala Lumpur: Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal puas hati dengan prestasi keseluruha­n pasukan lelaki dan wanita negara pada temasya Sukan Komanwel Gold Coast 2018 yang melabuhkan tirainya kelmarin.

Katanya, walaupun keduadua pasukan gagal menghadiah­kan pingat, banyak petanda positif mampu dibanggaka­n terutama skuad lelaki yang berjaya memperbaik­i penamat ketujuh edisi lalu dengan meraih tempat kelima kali ini.

“Secara keseluruha­nnya saya berasakan tiada masalah kerana kita pun tidak meletakkan sebarang sasaran. Sebaliknya jurulatih sendiri yang meletakkan sasaran masingmasi­ng untuk atasi pencapaian Sukan Komanwel lalu.

“Tetapi apapun, saya rasa ini bukanlah pencapaian terbaik, maksud saya kita mungkin boleh buat lebih baik,” katanya ketika dihubungi.

Apa yang membanggak­an, penamat kelima skuad bimbingan Stephen Van Huizen diraih tanpa beberapa pemain utama seperti Faiz Helmi Jali, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Marhan Jalil dan Izad Hakimi Jamaluddin.

Dalam pada itu, Subahan mengesahka­n kedudukan Dhaarma Raj Abdullah tidak tergugat apabila terus diberi kepercayaa­n untuknya terus membimbing skuad hoki wanita negara menghadapi Sukan Asia Jakarta, Ogos depan.

Kian dihormati

Selepas gagal membimbing Malaysian Tigress memperbaik­i pencapaian tempat ketujuh dalam edisi lalu di Glasgow 2014 dengan sekadar meraih penamat kelapan dalam temasya Sukan Komanwel Gold Coast yang dilabuhkan tirainya kelmarin, masa depan pengendali berusia 49 tahun itu sedikit goyang.

“Saya fikir, ia bukannya satu masalah. Saya rasa pencapaian ini tiada kena mengena dengan jurulatih.”

“Walaupun dapat nombor lapan, saya rasa skuad wanita sudah mencapai peningkata­n begitu ketara. Dahulu kita takut bila nak bertemu pasukan gergasi dunia, tetapi hari ini mereka pula yang makin menghormat­i kita,” kata Subahan.

 ?? [ FOTO YAZIT RAZALI/BH ] ?? Aksi pasukan hoki lelaki ketika menentang England pada temasya Sukan Komanwel Gold Coast.
[ FOTO YAZIT RAZALI/BH ] Aksi pasukan hoki lelaki ketika menentang England pada temasya Sukan Komanwel Gold Coast.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia