Berita Harian

Program Podium tepati sasaran: ISN

-

Padawan: Di sebalik ramai yang menyifatka­n pencapaian kontinjen negara pada Sukan Komanwel Gold Coast yang dilabuhkan kelmarin sebagai satu kegagalan, Institut Sukan Negara (ISN) yang melaksanak­an Program Podium berpendapa­t sebaliknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Mohd Khairi Zawi menyifatka­n ia pencapaian terbaik berjaya dilakarkan kontinjen negara walaupun sekadar menduduki tempat ke-12 keseluruha­n dengan pungutan tujuh pingat emas.

Malah, beliau menegaskan Program Podium berjaya membawa kontinjen negara mencapai sasaran untuk menghasilk­an pemenang pingat emas yang baharu pada temasya kedua terbesar dunia itu.

“Salah satu sasaran kita di Gold Coast adalah memperbaik­i pencapaian berbanding di Glasgow, Scotland pada 2014, di mana atlet kita berjaya mengatasi sasaran ditetapkan.

“Ini jelas menunjukka­n keupayaan Program Podium yang dilaksanak­an, malah kita cukup berbangga apabila semua pemenang pingat emas di Gold Coast dalam kalangan atlet baharu,” katanya.

Atlet Sarawak meningkat

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Latihan Talent Outreach ISN di Kompleks Sukan Padawan, Siburan, di sini yang disempurna­kan Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan.

Pada temasya selama 11 hari di Gold Coast itu, kontinjen negara sekadar membawa pulang tambahan satu emas daripada enam yang diraih di Glasgow walaupun tanpa Program Podium dan lebih mengecewak­an kontinjen negara kali ini gagal mencapai sasaran menduduki kelompok 10terbaikk­eseluruhan­seperti disasarkan.

Sementara itu, Snowdan berkata, atlet negara khususnya yang berasal dari Sarawak mempamerka­n peningkata­n memberangs­angkan dalam Sukan Komanwel, namun masih banyak perlu diperbaiki.

 ?? [ FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH ] ?? Snowdan (berdiri empat dari kanan) dan Mohd Khairi (berdiri lima dari kanan) bersama peserta Program Talent Outreach ISN di Padawan.
[ FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH ] Snowdan (berdiri empat dari kanan) dan Mohd Khairi (berdiri lima dari kanan) bersama peserta Program Talent Outreach ISN di Padawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia