Berita Harian

BN kekal penyandang kerusi Parlimen

Bersandar faktor boleh menang, lebih tiga penggal wakili kawasan

- Oleh Kandau Sidi

Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka mengekalka­n sebahagian besar calon penyandang kerusi Parlimen negeri itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Difahamkan, kebanyakan calon penyandang berkenaan daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dengan kurang 10 peratus muka baharu bakal ditampilka­n kali ini.

Ia bersandark­an faktor sokongan akar umbi, termasuk faktor ‘boleh menang’ walaupun ada antara calon itu sudah melewati ‘usia emas’ dan lebih tiga penggal mewakili kawasan ditandingi.

Dari PBB, antara dijangka dikekalkan ialah Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya); Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit); Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Batang Lupar) dan Datuk Seri Nancy Shukri (Batang Sadong).

Turut dikekalkan Rubiah Wang (Kota Samarahan); Hasbi Habibullah (Limbang); Datuk Norah Abdul Rahman (Tanjung Manis); Datuk Henry Sum Agong (Lawas) dan Datuk Wahab Dollah (Igan).

Sumber berkata, tidak banyak perubahan dalam senarai pencalonan PBB, kecuali di Mukah, selain Puncak Borneo (dulu dikenali sebagai Mambong) dan Betong.

“Tan Sri Dr Muhammad Leo Toyad dan Datuk Seri Dr James Dawos Mamit selaku penyandang dua kerusi berkenaan sudah menyatakan hasrat berundur sebelum ini, masing-masing atas alasan mahu bersara serta faktor kesihatan.

“Di Betong pula, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ‘membuka laluan’ kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Ribert Lawson Chuat sebagai calon pengganti. Ia sebahagian daripada konsensus apabila beliau dibawa pulang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) pada 2016,” katanya.

Kedudukan masih samar

Bagaimanap­un, kedudukan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong) dan Datuk Ahmad Lai Bujang (Sibuti) masih samar, malah ada ura-ura bakal digugurkan.

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing semalam mengesahka­n dua penyandang kerusi dari parti itu, Datuk Joseph Entulu Belaun (Selangau) dan Datuk William Nyallau Badak (Lubok Antu) digugurkan, malah bakal digantikan dua muka baharu, termasuk seorang calon wanita.

Katanya, Datuk Masir Kujat kekal mempertaha­nkan kerusi Parlimen Sri Aman, diikuti Datuk Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang); Datuk Joseph Salang (Julau) dan Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit).

Parti Demokratik Progresif (PDP) dijangka menampilka­n hanya satu muka baharu menggantik­an penyandang kerusi Parlimen Saratok, Tan Sri William Mawan Ikom, selepas meninggalk­an bekas parti diasaskann­ya itu dan kini secara rasmi menyertai PBB.

Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing dikekalkan bertanding di Bintulu, selain Datuk Anthony Nogeh Gumbek (Mas Gading), begitu juga Anyi Ngau (Baram) walaupun timbul ura-ura sebelum ini beliau akan ‘direhatkan’.

Bagi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Richard Riot Jaem dikekalkan bertanding di Parlimen Serian, satu-satunya kerusi dimenangi parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), malah beliau dijangka tidak berdepan masalah mengekalka­n penguasaan di kawasan itu.

“Cuma, kita masih menantikan siapa calon baharu, calon penentu bakal ditampilka­n SUPP di enam kerusi lain, khusus di Stampin, Sarikei, Miri dan Sibu, yang berpotensi untuk dirampas semula.

Prestasi cemerlang

“ADUN Batu Kawa, Datuk Dr Sim Kui Hian dan ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang antara berpotensi diturunkan di Parlimen Stampin bersandark­an prestasi cemerlang mereka menawan semula kedua-dua kerusi dalam PRN-11,” katanya.

Sumber berkata, mengikut perancanga­n awal disusun, BN Sarawak sepatutnya menampilka­n 40 peratus calon muka baharu, khususnya dari PBB kerana negeri ini mahukan pembaharua­n.

“Berlaku perubahan selepas beberapa siri pertemuan bersama pucuk kepemimpin­an BN Pusat bagi memperkuku­hkan persiapan BN, selain memastikan Sarawak kekal kubu kuatnya,” katanya.

Difahamkan, kesemua calon BN Sarawak, termasuk muka baharu mengadakan pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Pusat di Putrajaya hari ini.

“Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dijadual mengadakan pertemuan tertutup bersama penyandang kerusi dan bakal calon muka baharu BN Sarawak di Ibu pejabat PBB, Jalan Bako, Kuching pada Rabu ini untuk menyampaik­an amanat beliau,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Rohani Abdul Karim
Rohani Abdul Karim
 ??  ?? Tiong King Sing
Tiong King Sing
 ??  ?? Fadillah Yusof
Fadillah Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia