Berita Harian

Wanita Kuat Sarawak minta dana sertai kejohanan Dunia Static Monsters

-

Kuching: Husnul Khatimah Wajidi yang dikenali sebagai Wanita Kuat Sarawak meminta ihsan orang ramai untuk membantuny­a membiayai perbelanja­an menyertai pertanding­an Kejohanan Dunia Static Monsters.

Wanita berusia 39 tahun itu adalah peserta tunggal negara melayakkan diri ke kejohanan yang berlangsun­g di Gold Coast, Australia, pada 20 Mei ini, bagi kategori berat badan bawah 72 kilogram.

Husnul berkata, menjadi impiannya untuk bersaing dengan peserta antarabang­sa yang terbaik dan mendapat ranking dunia dalam kejohanan itu.

Pamer kekuatan

“Saya memerlukan sekurangku­rangnya USD2,500 (RM9,700) untuk ke Gold Coast bagi menyertai kejohanan itu,” katanya ketika ditemui NSTP.

Kelmarin, ibu tunggal itu mempamerka­n kekuatanny­a di khalayak ramai apabila mengangkat sebuah kereta PERODUA Kelisa sebanyak 28 kali dalam tempoh seminit di Sarawak Plaza, di sini.

Husnul yang berdaftar dalam Persatuan Sukan Ekstrem Sarawak memiliki Sijil Tahap Satu ‘Crossfit’ dan menjalani latihan di Crossfit Kuching sejak 2013.

Beliau berkata, persembaha­nnya mengangkat kereta itu adalah untuk mengutip dana daripada orang ramai bagi membiayai kos penyertaan­nya di dalam kejohanan dunia berkenaan.

Katanya, angkatanny­a menggunaka­n ‘axle bar’ itu membabitka­n 10 hingga 15 peratus daripada berat sebenar kereta terbabit, yang dianggarka­n seberat 1,200 kilogram.

Husnul juga menjalanka­n kempen kutipan dana daripada orang ramai secara atas talian menerusi https://gogetfundi­ng.com/help-me-the-first-malaysian-woman-to-rank-worldwide/.

 ??  ?? Husnul Khatimah melakukan 28 angkatan dalam seminit ke atas sebuah kereta Kelisa di Sarawak Plaza, kelmarin. Husnul Khatimah Wajidi, Peserta
Husnul Khatimah melakukan 28 angkatan dalam seminit ke atas sebuah kereta Kelisa di Sarawak Plaza, kelmarin. Husnul Khatimah Wajidi, Peserta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia