Berita Harian

Lelaki sebar gambar lucah bekas kekasih kena 3 tahun

-

Kuala Terengganu: Seorang pengurus restoran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku salah menyebarka­n gambar lucah bekas kekasihnya di blog.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohammad Khairul Abidin Abdul Rahim, 34, mengaku salah terhadap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunaka­n perkhidmat­an aplikasi melalui laman Blogspot dan Wordpress secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi yang lucah dengan niat untuk menganiaya orang lain.

Tertuduh didakwa memuat naik kandungan lucah itu dalam laman blog menerusi aplikasi Blogspot dan Wordpress pada 16 Jun, 4 Julai dan 7 Julai 2015.

Hukuman berasingan

Kandungan itu dibaca mangsa pada jam 3 petang di sebuah rumah di Chendering, di sini, sebelum membuat aduan kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, Azman menjatuhka­n hukuman penjara satu tahun bagi setiap pertuduhan dan mengarahka­n hukuman penjara berjalan secara berasingan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Mohd Sophian Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd Sophian dalam hujahan pendakwaan­nya memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh kerana perbuatann­ya dianggap sangat jahat dan menghancur­kan masa depan mangsa.

Katanya, perbuatan tertuduh lebih kepada dendam kerana cintanya ditolak mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia