Berita Harian

Facebook pertahan tak jual data

-

San Francisco: Facebook, yang terbabit dalam skandal berhubung salah urus data pengguna, mengesahka­n ia juga mengumpul maklumat orang ramai di luar penggunaan rangkaian sosial itu.

Ketika sesi keterangan panas di Kongres minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, menjelaska­n media sosial itu mengumpul data melebihi apa yang dikongsi pengguna dalam profil mereka.

“Apabila melawat laman atau aplikasi yang menggunaka­n perkhidmat­an kami, kami mendapat maklumat walau pun pengguna sudah log keluar atau tidak mempunyai akaun Facebook.

“Ini kerana aplikasi dan la man lain tidak tahu siapa menggunaka­n Facebook,” kata pengarah pengurusan produk Facebook, David Baser, dalam siaran di blog rangkaian sosial itu.

Sudah meluas

Baser berkata, banyak laman web dan aplikasi menggunaka­n perkhidmat­an Facebook untuk mensasarka­n kandungan dan iklan, termasuk menerusi butang ‘Suka’ dan ‘Kongsi’ rangkaian sosial itu, apabila orang ramai mengguna akaun Facebook untuk log ke laman web atau aplikasi lain serta iklan Facebook dan alat ukuran.

Namun beliau menegaskan amalan itu sudah meluas, dengan syarikat seperti Google dan Twitter juga melakukan perkara sama.

“Kebanyakan laman web dan aplikasi menghantar maklumat sama kepada banyak syarikat setiap kalau orang ramai menggunaka­nnya.

“Saya mahu jelaskan: Kami tidak menjual data orang ramai,” menurut siaran di blog itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia