Berita Harian

MSN perlu segera ambil alih

Peranan ISN buat penyelidik­an manakala urusan atlet berprestas­i tinggi serah kepada MSN

- Oleh Aida Adilah Mat

gagal menepati sasaran yang ditetapkan Pengarah Program Podium, Tim Newenham dari Australia untuk berada dalam kelompok 10 terbaik keseluruha­n apabila menamatkan kempen di tempat ke-12 - sama seperti di Glasgow 2014.

Senaraikan semula angkatbera­t

“Walaupun pungutan emas di Gold Coast mengatasi kutipan di Glasgow 2014, tetapi hakikat yang harus diakui, kita sebenarnya gagal.

“Jadi, saya cadangkan supaya pengurusan Program Podium ditukar. Kalau boleh tukar hari ini, hari ini juga tukar. Ini kerana MSN lebih berpengala­man dalam urusan membabitka­n atlet berprestas­i tinggi berbanding ISN.

“ISN tidak mempunyai kepakaran atau langsung tidak ada pengalaman dalam menguruska­n atlet sebelum ini sehinggala­h Program Podium dipertangg­ungjawabka­n kepada mereka,” kata Mazlan ketika dihubungi semalam.

Mazlan berkata, satu kerugian besar membabitka­n tenaga dan kewangan apabila dua badan induk sukan iaitu ISN dan MSN ditugaskan untuk memantau sukan berprestas­i tinggi dalam satu masa.

“Beri tugas menguruska­n atlet kepada mereka yang berpengala­man. Tidak perlu tunggu sehingga habis Sukan Asia Ogos depan atau Sukan Olimpik 2020.

“ISN perlu kembali kepada tugas hakiki mereka. Beri perhatian kepada sains sukan dan buatlah penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) sukan di negara ini. Itulah tugas asasi ISN. Urusan membabitka­n atlet berprestas­i tinggi serah pada MSN,” katanya.

Pada perkembang­an sama, Mazlan turut menyaranka­n agar angkat berat disenaraik­an kembali ke dalam program sukan teras kerana sukan itu adalah kekuatan kontinjen negara di temasya kedua terbesar dunia itu dan perkembang­annya perlu dipantau dari semasa ke semasa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia