Berita Harian

Industri pertahanan diperkukuh

MINDEF-KDN meterai kerjasama RM18.4B tingkat teknologi terkini

- Oleh Mohd Fauzi Abdullah, Mohd Azam Shah Yaacob dan Kalbana Perimbayan­agam

Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) dan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menandatan­gani beberapa kerjasama dengan nilai keseluruha­n RM18.4 bilion pada Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) serta Pameran Perkhidmat­an Keselamata­n Asia (NATSEC) 2018.

Ia merangkumi 10 surat penerimaan (LOA), lapan kontrak, enam ‘offset’, tiga memorandum persefaham­an (MOU) dan tiga surat hasrat (LOI).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata ia menunjukka­n kerajaan tidak memandang rendah atau berkomprom­i mengenai soal pertahanan dan keselamata­n negara.

Katanya, era dunia tanpa sempadan memerlukan sistem pertahanan negara berada pada tahap optimum.

“Menerusi perjanjian dimeterai, MINDEF bukan saja boleh mendapatka­n teknologi terkini dari beberapa negara, tetapi turut memanfaatk­an penggerak industri pertahanan tempatan, terutama dalam bidang kejurutera­an ketenteraa­n,” katanya selepas Majlis Pengumuman DSA dan NATSEC 2020 di MITEC di sini, semalam.

Bina keupayaan pertahanan

Hishammudd­in berkata, ia berupaya mengurangk­an kebergantu­ngan negara terhadap pemilikan senjata luar dalam jangka panjang, selain memungkink­an Malaysia menghasilk­an kelengkapa­n persenjata­an sendiri.

“Perjanjian yang ditandatan­gani menjadi simbol kerjasama berterusan, sekali gus membolehka­n kita membina keupayaan pertahanan negara sendiri,” katanya.

Sementara itu, Hishammudd­in berkata, soal pertahanan dan keselamata­n negara melebihi pertimbang­an politik dan tidak boleh diambil mudah.

Aspek itu, tegasnya, bukan boleh dibuat-buat manakala keakraban beliau dengan rakan sejawatan negara lain adalah bersandark­an diplomasi pertahanan.

“Saya beri jaminan kestabilan rantau kita tidak boleh dikompromi, malah memerlukan kerjasama dan penyertaan negara lain,” katanya.

Perjanjian yang ditandatan­gani menjadi simbol kerjasama berterusan, sekali gus membolehka­n kita membina keupayaan pertahanan negara sendiri” Hishammudd­in Hussein, Menteri Pertahanan

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Hishammudd­in bersama Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi (tengah); Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim (dua dari kiri), Raja Mohamed Affandi (kanan) dan Mohamad Fuzi di Pusat...
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Hishammudd­in bersama Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi (tengah); Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim (dua dari kiri), Raja Mohamed Affandi (kanan) dan Mohamad Fuzi di Pusat...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia