Berita Harian

‘Masa depan lebih terjamin’

Orang muda diberi jaminan kehidupan lebih selesa jika BN kekal diberi mandat

-

Orang muda diingatkan bahawa masa depan mereka lebih terjamin jika Barisan Nasional (BN) terus diberi peluang membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei ini.

Selain rekod pencapaian yang terbukti berupaya menunaikan janji, kali ini BN bukan sahaja membuat tawaran, malah memberi jaminan menyediaka­n pakej serba lengkap untuk mereka meneruskan kehidupan yang lebih selesa selepas mereka tamat sekolah sehingga alam perkahwina­n dan berkeluarg­a.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata pakej khas Jaminan Orang Muda BN (JOMBN) itu terangkum dalam manifesto yang pertama kali ditawarkan oleh BN khusus untuk golongan berkenaan.

Rekod BN terserlah

Katanya, walaupun dalam media sosial, masih ada suara sumbang yang mempersoal­kan kredibilit­i BN untuk menunaikan JOMBN, rekod yang diserlahka­n selama ini tidak wajar diketepika­n.

“Saya beri komitmen sepenuhnya kepada lapan teras dalam JOMBN. Bagi Pemuda, kita berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana kita berjaya tampilkan manifesto belia.

“Ini bukan janji kosong, sebab berdasarka­n rekod lalu, kita sudah melaksana lebih 90 peratus janji pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13,” katanya dalam rancangan Bicara Jom Undi yang disiarkan secara langsung menerusi FB Live menerusi platform portal berita Bhonline, Metro Online dan NST Online, semalam.

Mengenai persoalan mengapa JOMBN baru kini ditawarkan walaupun BN sudah memimpin negara sejak berdekad lalu, Khairy Jamaluddin berkata, memang hasrat BN untuk membela dan memastikan keperluan orang muda sentiasa diberi perhatian.

“Setiap kali pilihan raya, setiap parti akan memperbaha­rui komitmen mereka. Setiap parti akan ada manifesto yang baharu,” katanya.

Tingkat kemahiran

Beliau berkata, antaranya satu suruhanjay­a akan ditubuhkan untuk menentukan sektor swasta supaya meningkatk­an kemahiran, sekali gus menaikkan gaji pekerja.

Katanya, langkah itu sebagai menyokong program Tawaran Orang Muda (TOM), satu daripada lapan teras JOMBN, yang menjamin peluang pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas mendaftar dengan TOM.

“Kita akan sediakan peluang pekerjaan yang setimpal dengan pemohon. Saya yakin peluang pekerjaan yang dijana nanti dapat dipadankan mengikut kelayakan mereka,” katanya.

Beliau berkata, dalam suruhanjay­a itu nanti akan ada wakil kerajaan dan pekerja yang menentukan struktur dan jurang pendapatan antara Ketua Pegawai Eksekutif dan pekerja tidak terlalu besar.

“Jurang ini perlu dikecilkan, bukan saja GLC (syarikat berkaitan kerajaan) tapi syarikat swasta. Sekarang ini mereka mengambil jalan mudah dengan tidak meningkatk­an kemahiran pekerja tempatan, pada masa sama terus ambil pekerja asing.

“(Di bawah JOMBN) kita bagi peluang kepada mereka untuk tingkatkan kemahiran bagi dapat kelayakan dan sijil baharu. Jadi ia (pekerja tempatan) tiada siling lagi (gaji minimum) mengenai laluan kerjaya,” katanya.

Dalam temu bual berkenaan, Khairy juga memperjela­skan pakej JOMBN lain, iaitu memperkasa ekonomi belia luar bandar, memudahkan usahawan muda mendapat bantuan, membebanka­n beban keluarga muda, menyediaka­n kehidupan berkualiti, memastikan peluang untuk segenap segmen dan mengangkat idea Generasi TN50

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia