ASWARA anjur hari terbuka berkonsep seni, budaya
Kuala Lumpur: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan menganjurkan Hari Terbuka ASWARA 2018 pada 21 April ini, bertujuan memberi peluang kepada orang ramai menyaksi dan menyertai aktiviti menarik berkonsepkan seni dan kebudayaan.
Acara yang akan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu bertempat di ASWARA di sini, dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Pegawai Perhubungan Awam ASWARA, Faizal Ashraf Azhar, berkata acara itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan, termasuk persembahan istimewa daripada pelajar ASWARA, Bengkel Seni Persembahan, Seni Visual dan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Battle of The Bands dengan hadiah istimewa menanti pemenang dan pengunjung.
Surat tawaran
Selain itu, penampilan istimewa kumpulan Floor 88 dan penggiat seni yang terdiri daripada alumni ASWARA.
Sepanjang acara berlangsung, pengunjung juga boleh menyertai, bengkel tari, asas lakon, caklempong, pengantar penulisan kreatif dan bengkel ‘Big Band’.
Beberapa bengkel lain termasuk lukisan, ilustrator, dram dan
Pengunjung turut berpeluang mengunjungi gerai jualan, selain menyaksikan persembahan keseniaan dan penampilan daripada mahasiswa serta alumni ASWARA.
Faizal Ashraf berkata, sesi uji bakat dan temu duga turut akan diadakan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang berminat mengikuti pengajian di akademik berkenaan.
Calon lepasan SPM dan STPM yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan, salinan keputusan peperiksaan dan salinan sijil kelulusan.
Mereka yang berjaya akan terus diberikan surat tawaran kemasukan.