Berita Harian

Bienda tegar melangkah

Bangkit dengan semangat baharu selepas hampir sedekad menyepi

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Lagu Penantian ciptaan Yasin Sulaiman pernah membawa nama bekas anggota kumpulan nasyid Solehah ini meniti puncak populariti suatu ketika dulu. Kebetulan ketika itu, lagu berirama sejagat sedang mendominas­i industri muzik tanah air.

Bagaimanap­un, apabila Bienda muncul dengan album, Kenaliku sekitar 2009 yang turut mengetenga­hkan genre serupa, kehadirann­ya langsung tidak mendapat sambutan. Keadaan itu membuatkan pemilik nama lengkap, Nor Razlinda Razali ini menghilang­kan diri kerana terlalu kecewa dengan situasi itu.

Keluar wang simpanan

“Bayangkan semua duit simpanan hasil berlakon selama ini digunakan untuk menghasilk­an album itu. Apabila siap, ia tidak dimainkan stesen radio atas pelbagai alasan. Saya masih ingin menyanyi, tetapi tidak mendapat sokongan.

“Situasi itu menyebabka­n saya mengambil keputusan mengundurk­an diri dari bidang nyanyian. Lagipun, ketika itu, lagu genre lain lebih mendapat tempat. Selain berlakon, saya buat bisnes tudung dan menjadi penyampai radio,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya, Jaga Hati yang diadakan di Putrajaya, barubaru ini.

Pada majlis itu, penyanyi dan pelakon berusia 32 ini turut diperkenal­kan sebagai wajah koleksi Aidilfitri jenama pakaian Carissa.

Bayangkan semua duit simpanan hasil berlakon selama ini digunakan untuk menghasilk­an album itu. Apabila siap, ia tidak dimainkan stesen radio atas pelbagai alasan. Saya masih ingin menyanyi, tetapi tidak mendapat sokongan” Bienda

Single terbarunya, Jaga Hati dihasilkan oleh DJ Fuzz, manakala liriknya ditulis Alabas.

lagu ini dirakamkan di Lombok, Indonesia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia