Berita Harian

Berkorban demi Jaga Hati

-

Walaupun terkesan dengan situasi industri muzik yang dikatakan tenat, sebagai penyanyi, keinginan untuk menghiburk­an peminat masih belum pudar. Sesekali keinginan kembali ke dunia nyanyian tersemat di sudut hatinya, namun pengalaman sebelum ini menjadi penghalang untuk Bienda meneruskan hasratnya.

Mujur tugas sebagai penyampai radio di sebuah stesen radio di Pantai Timur memberinya inspirasi mengenai genre lagu yang sesuai untuk pasaran, selain ingin kembali menawan hati peminat. Hasil kajiannya itu kata Bienda, lahir lagu yang berirama rancak itu.

“Ketika menjadi penyampai radio selama setahun, saya banyak mendengar lagu. Dari situ, saya mengkaji jenis muzik yang mudah memikat hati pendengar dan senang menjadi tular. Disebabkan itu, dalam lagu ini, ada lirik yang diulang beberapa kali kerana itu strategi untuk memikat hati pendengar.

“Saya tahu mungkin orang akan cakap, lagu ini tidak sesuai untuk saya kerana rentaknya terlalu remaja. Bukan saya tidak mahu menyanyika­n lagu yang lebih matang, sebaliknya sekadar mencuba kelainan dalam nyanyian dan berharap peminat dapat menerima Video muzik

Turut memperkena­lkan koleksi busana cetusan ideanya ketika majlis pelancaran single terbarunya. lagu ini seadanya,” katanya.

Tinggalkan dunia penyiaran

Bagi menunjukka­n kesungguha­nnya sebagai penyanyi, anak kepada penyanyi dangdut Sheeda ini terpaksa mengucapka­n selamat tinggal kepada dunia penyiaran yang diceburiny­a selama setahun itu.

“Banyak pengorbana­n yang terpaksa saya lakukan demi ini. Lagu ini sebenarnya sudah lama siap, tetapi terpaksa diperam kerana saya terikat dengan kerjaya sebagai penyampai radio. Saya menanti masa yang sesuai untuk memperkena­lkan lagu ini.

“Kebetulan pihak Carissa sudi menaja penghasila­n lagu ini dan penerbitan video muzik, jadi saya ikutkan sahaja. Alhamdulil­lah, kiranya ini rezeki saya,” kata ibu kepada dua cahaya mata perempuan itu.

Berahsia elak prasangka

Beralih kepada kehidupan peribadiny­a, Bienda turut meleraikan tanda tanya yang selama ini bermain di fikiran banyak pihak mengenai tarikh sebenar pernikahan­nya. Ketika majlis resepsi perkahwina­nnya yang diadakan pada Oktober 2010, Bienda langsung tidak memperinci­kan perkara itu, walaupun berulang kali ditanya wartawan.

Enggan menyimpan rahsia itu lebih lama, Bienda memberitah­u dia dan suaminya, Kamarul Zariman Abdul Rahman bernikah pada 10 Oktober 2009 di sebuah masjid di Gombak, Selangor.

“Saya dan suami memang tidak suka menyusahka­n keluarga. Jadi, untuk majlis perkahwina­n ini, kami guna duit simpanan sendiri. Kami dahulukan apa yang wajib dan tidak mahu membazir kerana keutamaan saya ketika itu adalah untuk membeli rumah.

“Takkanlah saya nak beritahu kami ‘nikah gantung’ kerana mahu simpan duit. Mesti akan timbul pelbagai prasangka buruk hanya kerana saya artis.

“Itupun ada suara nakal yang mendakwa kami bernikah di sempadan, sedangkan kami disatukan di sebuah masjid di Gombak berdekatan dengan rumah ibu saya,” katanya sambil ketawa.

Untuk menjernihk­an keadaan, dia turut memohon maaf kepada manamana pihak yang selama ini terasa hati dengan tindakanny­a itu.

“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak yang selama ini tertanyata­nya bila tarikh sebenar pernikahan kami. Bagaimanap­un, selain keluarga terdekat, ada juga media yang rapat dengan saya tahu cerita sebenar. Mereka faham dan menghormat­i pendirian saya,” ujarnya.

 ??  ?? Jaga Hati single Single terbaru, Jaga Hati bukti kesungguha­n semangat Bienda sebagai penyanyi.
Jaga Hati single Single terbaru, Jaga Hati bukti kesungguha­n semangat Bienda sebagai penyanyi.
 ?? [ FOTO MOHD FADLI HAMZAH / BH ] ??
[ FOTO MOHD FADLI HAMZAH / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia