Berita Harian

Parit kini bukan lagi pekan koboi

Pelbagai pembanguna­n sudah, sedang dirancang hasil titik peluh BN

- Oleh Muhammad Apendy Issahak

Dahulunya sering mendapat jolokan pekan koboi, namun kini penduduk di kawasan Parlimen Parit boleh berbangga dengan pelbagai pembanguna­n hasil ‘titik peluh’ kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sebut sahaja Parit yang secara berseloroh orang menggelarn­ya ‘Paris’ dan Bota yang digelar ‘Boston’, pendudukny­a lebih arif terhadap potensi kawasan itu yang bakal menerima tempias pembanguna­n bukan sahaja Bandar Seri Iskandar, malah pengumuman besar BN, iaitu sebuah lapangan terbang baharu bakal dibina di kawasan Parlimen Parit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n perkara itu ketika pelancaran Manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 7 April lalu.

Selain lapangan terbang, kerajaan negeri turut diberi kelulusan untuk mewujudkan Zon Perdaganga­n Bebas (FTZ) di sekitar lokasi terbabit yang sekali gus memberikan kesan besar ke arah pertumbuha­n ekonomi.

Penduduk tempatan, Syed Muhammad Isa Syed Hamid, 62, berkata dia yang merantau ke negeri lain untuk bekerja sebelum pulang ke Kampung Baru Bota, di sini, terkejut dengan pembanguna­n, terutama di Seri Iskandar.

“Pembanguna­n di sini kalau ingin dikatakan pesat sangat itu tidaklah, tetapi perbezaann­ya memang ada daripada saya keluar merantau dulu dan sekarang saya balik, memang banyak perubahann­ya.

“Pertama kawasan Bota, dahulunya tiada pekan langsung, boleh dikatakan hanya pekan koboi, namun kini nampak ketara adalah Seri Iskandar, saya balik ke kampung terkejut apabila kawasan berkenaan sudah banyak membangun dengan adanya beberapa universiti dan pembanguna­n lain,” katanya.

Peluang kerja cerah

Pesara Malaysian Airports Holding Berhad itu berkata, dengan wujudnya lapangan terbang di kawasan itu kelak, sudah pasti pembanguna­n kawasan sekitar juga menjadi lebih pesat.

“Saya nampak peluang pekerjaan yang cerah bagi masyarakat setempat, terutama orang muda sama ada di lapangan terbang itu sendiri atau kawasan sekitar.

“Bila ada peluang kerja ini, maka anak muda kita tidak akan keluar lagi, ini berdasarka­n apa yang saya lihat sendiri semasa bekerja dulu, yang mana masyarakat tempatan ramai bekerja di lapangan terbang,” katanya.

Sementara itu, bagi Syed Amirul Syed Azman, 26, dia melihat kepemimpin­an BN dari dahulu hingga kini memang membawa pembanguna­n, termasuk di kawasan Parlimen Parit.

“Saya lihat memang membawa pembanguna­n, termasuk di daerah Perak Tengah ini membabitka­n kawasan Parlimen Parit.

“Pembanguna­n yang sudah dibina memang banyak dan saya lihat banyak lagi pembanguna­n baharu yang dirancangk­an, termasuk dijanjikan melalui manifesto diumum Perdana Menteri iaitu pembinaan lapangan terbang, selain hospital yang sudah dilulus.

“Saya harap orang muda rebut peluang ini, jangan sia-siakannya kerana kita maklum dengan adanya lapangan terbang kelak dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE), lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan tersedia,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] ?? Kompleks Majlis Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar.
[FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] Kompleks Majlis Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia