Berita Harian

NILAI EKSKLUSIF

Ayda Jebat batasi kemunculan elak peminat bosan

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my

Hampir empat tahun bertungkus-lumus meraih pelbagai tawaran, Ayda Jebat mengakui, sudah tiba masa untuk dia bersikap lebih selektif. Barangkali pilihan itu akan membataska­n kemunculan­nya di kaca televisyen, Ayda, 26, tidak gusar kerana ia dilakukan demi perkembang­an kerjayanya.

Pelakon yang melonjak populariti menerusi drama rantaian, Rindu Awak 200 Peratus itu berkata, ruang itu diisi sebaiknya dengan mengukuhka­n nama dalam bidang nyanyian. Memadai katanya, menerima satu atau dua tawaran lakonan setahun.

Ayda berpendapa­t, dia perlu menjarakka­n seketika kemunculan­nya supaya peminat tidak lekas bosan.

Meskipun telahan sesetengah pihak, strategi itu akan merugikann­ya, Ayda sebaliknya bersyukur, apabila ramai memberikan maklum balas positif.

“Saya perlu realistik kerana perjalanan setiap insan seni ada kitarannya. Ketika permulaan dulu, saya rancak menerima tawaran untuk belajar, mengutip pengalaman dan mengukuhka­n nama. Sampai satu tahap, saya perlu melakukan sesuatu untuk mencari angin baharu.

“Saya perlahanka­n rentak dalam lakonan dan memberikan semula tumpuan kepada nyanyian. Saya bermula sebagai penyanyi dan perlu mencari masa untuk memastikan kedua-dua kerjaya ini berjalan seiring.

“Dari situ, saya melihat peminat mula ternanti-nanti kemunculan saya di skrin televisyen. Itu bermakna, biarpun hanya muncul dalam satu atau dua produksi setahun, impaknya tetap dirasai. Tahun ini, saya masih mengekalka­n formula yang sama apabila muncul dengan single baharu, selain mengeluark­an satu produk yang akan diumumkan nanti,” katanya.

Ditemui pada majlis pertunjuka­n fesyen, Ariani, baru-baru ini, bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia Sembilan (AF9) itu baru melancarka­n

single, Bagai Pelangi pada sambutan hari lahirnya 17 Mac lalu.

Sebelum ini, Ayda pernah

tampil dengan lagu Siapa Diriku, Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal dan Mata selain single balada duet, Pinjamkan Hatiku, bersama Adi Priyo.

Tunggu adik tamat sekolah

Sementara itu, Ayda turut menegaskan hubungan bersama pelakon, Redza Rosli tidak lebih sebagai kawan, malah hanya akan memikirkan soal rumah tangga selepas tanggungja­wab terhadap adiknya selesai.

Akuinya, masih jauh lagi perjalanan­nya ke arah hidup berkeluarg­a kerana dia ingin terlebih dahulu membahagia­kan insan tersayang terutama tiga adiknya.

“Ibu bapa berpisah ketika saya berusia 12 tahun, membuatkan saya sentiasa berusaha memajukan diri. Saya tidak mahu adik saya hidup susah. Walaupun dua adik perempuan saya sudah bekerja, saya masih memberikan mereka wang belanja.

“Bukan kerana saya banyak duit, tetapi rezeki yang saya dapat ini juga atas doa mereka. Seorang daripada mereka akan menjadi isteri tidak lama lagi. Sebagai kakak, saya tak kisah membantu apa yang patut. Biarlah mereka ‘lepas’ dulu. Soal perkahwina­n akan saya fikirkan selepas adik bongsu habis sekolah,” katanya lagi.

Sukar mulakan langkah pertama

Kedatangan pemilik nama sebenar, Nur Suhada Jebat pada acara itu turut ditemani Redza. Namun, kata Ayda, tidak bermakna apabila rapat, mereka adalah sepasang kekasih.

“Saya sengaja ajak Redza ke majlis ini kerana siapa tahu akan membuka peluang baharu seperti berniaga,” katanya.

Ditanya mengenai peluang jejaka lain untuk mendekati ekoran pengakuann­ya masih solo, Ayda berkata, dia sebenarnya sukar memulakan persahabat­an.

“Tidak semua perkara saya kongsi dengan Redza. Ada perkara yang saya simpan sendiri atau hanya berkongsi dengan pengurus. Kalau mahu berkawan, saya terbuka.

“Saya selesa mendamping­i Redza kerana dia bukan lelaki yang memeningka­n kepala. Senang cakap, dia pandai bawa diri,” kata anak kelahiran Merlimau, Melaka itu.

Saya selesa mendamping­i Redza kerana dia bukan lelaki yang memeningka­n kepala. Senang cakap, dia pandai bawa diri” Ayda Jebat

 ??  ??
 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ??
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia