Berita Harian

Bekas kpn sedia disiasat

Khalid bakal beri kerjasama penuh sepanjang proses siasatan termasuk isu 1MDB

- Oleh Safeek Affendy Razali

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bersedia untuk disiasat mengenai apa saja masalah berhubung sebarang isu yang timbul sebelum Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) lalu.

Katanya, beliau menyedari namanya dan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sudah disenaraik­an antara individu yang bakal disiasat oleh Kerajaan Pusat baharu berhubung isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) serta isu lain.

“Saya masih bertugas dan bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya berhubung sebarang isu termasuk proses siasatan yang bakal dibuat terhadap saya,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, semalam.

Enggan ulas lanjut

Beliau bagaimanap­un, enggan mengulas lanjut mengenai sebarang tindakan susulan berkemungk­inan yang bakal diambil, termasuk tidak mengetahui sebarang isu larangan perjalanan ke atas dirinya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memaklumka­n bahawa Apandi dan Khalid antara individu yang akan disiasat berhubung peranan mereka dalam penyiasata­n 1MDB.

Siasat pelaburan, kewangan 1MDB

Khalid adalah seorang daripada empat ketua perkhidmat­an kerajaan yang diarah menjalanka­n siasatan ke atas pelaburan dan kewangan 1MDB, selain tiga lagi iaitu bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Khalid, 61, bersara daripada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada September tahun lalu sebelum dilantik sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, yang juga pengendali pengangkut­an awam seperti Rapidkl.

Saya masih bertugas dan bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya berhubung sebarang isu termasuk proses siasatan yang bakal dibuat terhadap saya” Khalid Abu Bakar, Bekas Ketua Polis Negara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia