Berita Harian

Kebebasan perniagaan tanpa sekatan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan menyekat kebebasan perniagaan dengan terlalu banyak undangunda­ng yang akan membebanka­n pemain industri negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan lebih berminat untuk melihat lebih pelbagai pihak dapat menjalanka­n perniagaan dengan lebih bebas dan mudah tanpa terlalu banyak sekatan undang-undang.

“Kita mengalu-alukan pelaburan sama ada dari dalam atau luar termasuk pelaburan langsung asing (FDI). Namun, FDI terhad kepada membawa masuk modal dan teknologi ke dalam negara, mendirikan kilang, mengeluark­an produk untuk pasaran tempatan dan untuk dieksport.

Peluang kepada syarikat tempatan

“Kita dapati, rakyat Malaysia cekap dalam pembanguna­n dan mampu membina bandar kita sendiri. Keperluan rakyat akan kita tentukan dan semua peluang ini akan kita buka kepada syarikat tempatan,” katanya dalam sesi penerangan kepada RTM dan Bernama di kediamanny­a di Seri Kembangan di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, kerajaan hanya akan membuka peluang ini kepada syarikat asing jika tiada kepakaran anak tempatan dalam sesuatu bidang tertentu atau projek infrastruk­tur mega saja, namun ia akan dijalankan melalui tender terbuka.

“Jika tender terbuka ini membabitka­n keraguan atau ganjil, kita tidak teragak-agak untuk menyiasat,” katanya.

Kurangkan masalah ekonomi negara

Dr Mahathir berkata, kerajaan yang baharu juga akan membuat kajian prestasi ekonomi, termasuk jumlah hutang sebenar negara dan pengeluara­n wang negara.

Beliau berkata, rakyat tidak perlu gusar dan curiga mengenai niat kerajaan baharu ini yang hanya mahu membersihk­an dan mengurangk­an masalah ekonomi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia