Berita Harian

PCOM ucap tahniah kepada Dr Mahathir

-

Kuala Lumpur: Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) mengucapka­n tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh dan juga atas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin yang berpangkal­an di Malaysia itu dalam satu kenyataan semalam, melahirkan keyakinan kerajaan PH akan menerajui Malaysia ke tahap kemajuan dan kemakmuran yang tiada tandingann­ya.

Kekal dasar pro Palestin

Memandangk­an isu Palestin sentiasa mendapat perhatian khusus dari Malaysia, PCOM berharap perpaduan dengan Palestin dan rakyat Palestin serta komitmen terhadap perjuangan akan terus menjadi keutamaan bagi kerajaan baharu Malaysia.

“Malaysia dengan bangganya mengekalka­n dasar pro Palestin dan menentang pendudukan haram selama lebih dari enam dekad, dan kami berharap pendirian ini akan diteruskan berdasarka­n sokongan terbuka kerajaan baharu terhadap kempen Boikot, Nyahlabur, Sekatan (BDS) antarabang­sa untuk memencilka­n rejim Apartheid Israel,” kata kenyataan itu.

BDS ialah pergerakan diterajui Palestin bagi kebebasan, keadilan dan kesaksamaa­n yang mendukung prinsip bahawa rakyat Palestin berhak mendapatka­n hak yang sama rata seperti seluruh umat manusia.

PCOM juga berharap Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam mempertaha­nkan identiti Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Palestin, terutama selepas Amerika Syarikat mengumumka­n keputusan memindahka­n kedutaanny­a di Israel ke Baitulmaqd­is.

PCOM berharap perpaduan dengan Palestin dan rakyat Palestin serta komitmen terhadap perjuangan akan terus menjadi keutamaan bagi kerajaan baharu Malaysia” Kenyataan PCOM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia