Berita Harian

Urusan hapus GST selepas angkat sumpah: Guan Eng

-

Georgetown: Lim Guan Eng yang dinamakan sebagai Menteri Kewangan berkata, sebarang ulasan rasmi membabitka­n setiap urusan berkaitan kementeria­n berkenaan hanya akan dibuat selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang dipertuan Agong dijalankan.

Guan Eng berkata, perjawatan­nya sebagai Menteri Kewangan masih belum disahkan selagi istiadat berkenaan belum dijalankan secara rasmi, selain menyifatka­n setiap ulasan dikemukaka­n sepanjang tempoh terbabit sebagai pramatang.

“Beri sedikit masa sehingga perjawatan saya sebagai Menteri Kewangan disahkan di hadapan Yang di-pertuan Agong dan tiada komen mengenai urusan kementeria­n sehingga saya mengangkat sumpah.

Optimis tunai janji PH

“Saya yakin semua urusan berkaitan Kementeria­n Kewangan akan dijalankan pasukan berkaitan kerana esok (hari ini) secara rasmi semua urusan berkaitan pentadbira­n kerajaan akan berjalan secara rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas urusan berkaitan jual beli saham yang akan mula diniagakan hari ini, pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, semalam.

Pada masa sama, Guan Eng turut menyatakan kesediaann­ya menghapusk­an sistem percukaian sedia ada, cukai barangan dan perkhidmat­an (GST) seperti dijanjikan Pakatan Harapan (PH) dalam manifeston­ya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“PH tidak akan lupa janji kita untuk memansuhka­n GST. Biarkan kita menjalanka­n urusan menghapusk­an GST ini selepas saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan nanti,” katanya.

 ?? [FOTO MIKAIL ONG/BH] ?? Guan Eng (tengah) pada sidang media KOMTAR, Georgetown, semalam.
[FOTO MIKAIL ONG/BH] Guan Eng (tengah) pada sidang media KOMTAR, Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia