Berita Harian

PKR tak boikot mesyuarat pilih anggota Kabinet

-

Gombak: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan PKR tidak memboikot mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) semalam bagi memilih barisan anggota Kabinet.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, wakil PKR ketika itu berada di Hospital Rehabilita­si Cheras untuk berjumpa dengan Ketua Umum parti terbabit, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami (wakil PKR) menunggu di hospital dan cuba memujuk Majlis Presiden PH untuk berjumpa di situ, namun mereka berada Yayasan Al-bukhary. Selepas itu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad datang (ke hospital) dan memberi penerangan kepada Anwar.

“Ini bukan soal boikot, kita mahu Anwar juga boleh memberi pandangann­ya dan sebab itu, Dr Mahathir datang dan mengadakan perbincang­an dengan Anwar,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Rakyat di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan ketiadaan pemimpin PKR pada mesyuarat Majlis Presiden PH semalam bagi membincang­kan mengenai kedudukan anggota Kabinet.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, proses rundingan berhubung pelantikan menteri Kabinet akan diteruskan secara keseluruha­n.

Terdahulu ketika ditemui ditemui ketika melawat Anwar di Cheras, Mohamed Azmin berkata proses rundingan PH berhubung tiga portfolio kanan dalam kerajaan membabitka­n jawatan Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan, diputuskan secara harmoni dan muafakat.

Perbincang­an cukup baik

Beliau berkata perbincang­an kelmarin cukup baik, positif dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, amat gembira, sekali gus membolehka­n PH meneruskan tradisi yang cukup positif.

“Proses itu berjalan baik dan harmoni kerana sokongan rakyat kepada PH terlalu besar. Jangan kita mengecewak­an harapan tinggi rakyat terhadap kepemimpin­an Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah dalam bentuk Kerajaan Persekutua­n yang baharu.

“Banyak perbincang­an yang perlu diteruskan dalam pembentuka­n kerajaan. Perbincang­an berjalan, cuma dalam proses berlaku semalam (kelmarin), Datuk Seri Anwar tak dapat hadir mesyuarat itu. Sebab itu, Perdana Menteri datang ke hospital dan kita hargai komitmen Dr Mahathir.

“Sebab itu, Anwar menyatakan perbincang­an itu mesti diteruskan dan mestilah secara menyeluruh supaya pandangan semua parti dihormati dan ini tradisi cukup baik,” katanya.

Azmin berkata, Anwar berterima kasih atas kunjungan Perdana Menteri kelmarin.

Beliau berkata, Anwar juga mengulangi sokongan terhadap kepemimpin­an regu utama negara sambil menggesa supaya semua pemimpin PKR memberi sokongan padu kepada Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah.

“Pada masa yang sama, kita nyatakan kepada Perdana Menteri supaya proses rundingan untuk pelantikan Kabinet ini harus diteruskan dalam semangat muafakat dan juga bersifat inklusif membabitka­n semua parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia