Berita Harian

MB beri tempoh 24 jam pulangkan barang curi

-

Seremban: Menteri Besar, Aminuddin Harun memberi tempoh 24 jam kepada pihak tertentu untuk memulangka­n pelbagai peralatan elektrik yang dilarikan dari balai raya di negeri ini, sejak beberapa hari lalu.

Beliau berkata, peralatan elektrik termasuk pendingin hawa dan kipas di beberapa balai raya dilaporkan hilang selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri.

Katanya, perbuatan itu menjejaska­n aktiviti yang diadakan di premis terbabit termasuk Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

“Saya menerima laporan mengenai barang yang hilang dari balai raya di banyak daerah. Saya percaya, ada pihak tidak bertanggun­gjawab mengambil barangan ini. Ini perbuatan tidak sepatutnya berlaku kerana balai berkenaan untuk kegunaan orang ramai.

Bakal buat laporan polis

“Barangan yang hilang itu milik kerajaan negeri. Perbuatan mengambil barangan milik kerajaan negeri tanpa izin satu jenayah.

“Saya berharap pihak yang bertanggun­gjawab dapat mengembali­kan dan memasang semula peralatan elektrik ini sebelum kerajaan negeri membuat laporan polis. Mereka mempunyai 24 jam untuk berbuat demikian,” katanya pada di Wisma Negeri, semalam.

Sementara itu, Aminuddin turut menafikan khabar angin bahawa perkhidmat­an kakitangan pengajar Tabika KEMAS yang dilantik pentadbira­n kerajaan negeri terdahulu, akan dihentikan.

“Spekulasi ini tidak benar. Kami berharap semua guru Tabika KEMAS akan terus mengajar dan menyumbang­kan kepakaran mereka kepada generasi muda di negeri ini,” katanya secara rasmi memulakan tugas di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia