Berita Harian

Negeri mula lantik EXCO

Senarai akan dipersemba­h kepada Sultan untuk perkenan

-

Selepas selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri, menyusul pula dengan perlantika­n barisan anggota pentadbira­n (EXCO) di negeri masing-masing.

Di Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan untuk pelantikan EXCO Kerajaan Selangor, hari ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin sudah menyembah maklum senarai EXCO kerajaan negeri kepada Sultan Sharafuddi­n, semalam.

“Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan (EXCO Kerajaan Selangor) itu akan diadakan pada jam 2 petang Isnin (esok) di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Di Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, barisan EXCO kerajaan negeri dijangka mengangkat sumpah Rabu ini.

“Kami memang fokus kepada pembentuka­n barisan EXCO kerajaan negeri dan ia sudah muktamad,” katanya ditemui media ketika menjalanka­n tugas tidak rasmi kerajaan negeri, di kediaman

Shah Alam, Melaka,

rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Sabtu lalu.

Di Menteri Besar, Datuk Osman Sapian menjelaska­n senarai 10 ahli EXCO negeri ini akan disembahka­n kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi mendapat perkenan baginda sebelum Selasa ini.

Johor Bahru, Senarai diputuskan segera

“Senarai itu akan diputuskan segera kerana majlis angkat sumpah ahli EXCO Johor akan diadakan di Istana Besar Johor, esok,” katanya dalam sidang media, kelmarin.

Di Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, berkata senarai EXCO kerajaan negeri akan diumumkan dalam tempoh seminggu.

“Ia mengambil sedikit masa kerana ia (pelantikan Exco kerajaan negeri) sesuatu yang sangat penting dan tidak boleh ambil mudah,” katanya sejurus majlis istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak di Istana Iskandaria­h di Kuala Kangsar, Sabtu lalu.

Di Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob

Ipoh, Kota Bharu,

berkata, pihaknya sudah mengemukak­an senarai calon EXCO Kelantan untuk mendapat perkenan daripada Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

“Kita tunggu masa dalam tempoh sehari dua lagi dan akan diumumkan sebelum Ramadan ini.

“Senarai calon sudah ada selepas beberapa semakan beberapa peringkat dibuat, dan yang pasti, kita mengambil kira segala aspek termasuk dalam pembanguna­n ekonomi,” katanya kepada media, kelmarin.

Di Ahli Dewan Negeri (ADUN) Padang Kota, Chow Kon Yeow yang dinamakan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata, beliau hanya akan mengumumka­n senarai EXCO apabila selesai majlis angkat sumpah Ketua Menteri, hari ini.

“Calon bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri dan barisan EXCO kerajaan negeri hanya akan didedahkan kemudian, selain keseluruha­n mereka dijangka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, Rabu ini," katanya.

Pulau Pinang, Alor Setar,

Di Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka menyenarai­kan gabungan orang lama dan muda serta segar dalam barisan EXCO pimpinanny­a yang akan diumumkan pada bila-bila masa saja dalam minggu ini.

Pada PRU-14, PKR menang lapan kerusi, manakala tiga parti yang bertanding menggunaka­n logo PKR iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menang lima kerusi, Parti Amanah Negarah (AMANA) tiga dan DAP pula menan dua kerusi.

Di Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selesai melantik 10 EXCO kerajaan negeri selepas mendapat mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada istiadat angkat sumpah jawatan dan menandatan­gani watikah di Istana Syarqiyyah, Chendering, pada 10 Mei lalu.

Di Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri di hadapan Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, semalam, akan mendedahka­n barisan Kabinet negeri dalam tempoh terdekat.

Di Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menangguhk­an istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang kerana memerlukan masa untuk membuat keputusan berkenaan.

Difahamkan, majlis istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar akan diadakan selewatsel­ewatnya Rabu ini.

Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Kuantan,

 ??  ?? Adly Zahari
Adly Zahari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia