Berita Harian

‘Individu penting kebendaan keluar parti sertai PH’

-

Kota Bharu: UMNO Kelantan menegaskan individu yang tidak mempunyai semangat kental atau memikirkan kebendaan saja akan keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan (PH).

Bendaharin­ya, Datuk Hanafi Mamat, mengakui ketika ini UMNO menerima kejutan besar, namun sekiranya ahli parti mempunyai jiwa seorang pejuang dan mengenang usaha yang dilakukan parti itu, mereka tidak akan meninggalk­an UMNO.

Beliau berkata, UMNO sebuah parti yang cukup besar dan mempunyai jasa kepada negara terutama Melayu, sepatutnya setiap ahli tidak terlalu mudah meninggalk­an parti yang sudah berusia 72 tahun.

“Saya mengingatk­an ahli UMNO di Kelantan supaya jangan memikirkan kebendaan, sebaliknya merapatkan kembali saf perjuangan. Sebelum mengambil sesuatu keputusan, lihat perjuangan UMNO dan apa yang dilakukan parti itu kepada negara selama ini.

“UMNO tidak bersalah dan pemimpin tertinggi, Datuk Seri Najib Razak juga sudah meletakkan jawatan. Sepatutnya waktu ini kita bermuhasab­ah dan menguatkan kembali jentera parti,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Wanita UMNO Kelantan, Zarina Md Eusope, bersama 50 penyokongn­ya mengumumka­n menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Zarina berkata, keputusan itu dibuat berikutan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Barisan Nasional (BN) dilihat tidak mampu lagi membela nasib rakyat khasnya Melayu kerana perjuangan asal UMNO membela rakyat.

Ahli perlu terima

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, keputusan Najib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) perlu di terima semua ahli kerana ia dibuat demi kebaikan parti.

“Kekalahan BN dalam PRU-14 adalah satu tamparan dan juga satu pengajaran kepada semua pemimpin dan ahli parti, terutama mereka yang bercita-cita untuk mendapat `kedudukan atau jawatan yang baik dalam parti.

“Apa saja keputusann­ya, kami menghormat­i dan mengucapka­n ribuan terimakasi­h atas apa yang telah dilakukan oleh Najib selama beliau menjawat jawatan Perdana Menteri,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas itu.

Md Alwi berkata demikian mengulas pengumuman Najib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN serta-merta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia