Berita Harian

Muhyiddin minta MB Johor perbetul kenyataan

Kerajaan PH perlu ambil kira kepentinga­n semua pihak

- Oleh Fahmy Azril Rosli dan Meor Riduwan Meor Ahmad

Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah meminta Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian memperbetu­lkan kenyataan bahawa tiada peruntukan diberi kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkan­g di negeri berkenaan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor itu berkata, kerajaan PH yang baharu dan prihatin serta memahami masalah rakyat, perlu mengambil kira kepentinga­n semua pihak tidak kira siapa, ideologi dan latar belakang kaum.

Ini kerana, katanya, rakyat sudah memberi amanah kepada kerajaan PH dan perlu melayan kehendak rakyat secara adil serta saksama termasuk di kawasan pembangkan­g.

“Ini bermakna, kawasan pembangkan­g juga harus dibantu, selain rakyat di situ perlu kita tolong dan utamakan.

“Justeru, saya sudah maklumkan perkara itu kepada Osman...dia masih baharu, kita bagi dia sedikit masa untuk steady.

“Dasar PH adalah sikap kita bertanggun­gjawab dan adil. Maknanya, jika kawasan itu mundur dan tidak kira penyokong, kita akan bantu,” katanya selepas melawat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilita­si Cheras, petang semalam.

Mengulas lanjut tindakan Osman, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu tumpuan diberikan terhadap pelaksanaa­n tugas supaya kehidupan rakyat lebih baik.

Beliau yang pernah menyandang jawatan Menteri Besar Johor berkata, kerajaan PH tidak akan mengikut cara Barisan Nasional

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia