Berita Harian

Pendaki kudung kaki hampir takluki Everest

Kekal fokus walaupun kena mengengsot harungi salji

- Oleh Wan Jailani Razak

Pendaki yang kudung keduadua kaki, Azrulkhan Hasrullah atau Adam, kini berada di Thugla, pada ketinggian 4,600 meter (m) dan berbaki tiga hingga empat hari untuk tiba di Kem Induk Everest.

Beliau memulakan pendakian dengan mengengsot dari Lukhla, Kathmandu, pada 2 Mei lalu, untuk sampai ke Kem Induk Everest yang berketingg­ian 5,350m dari aras laut.

Lalui pelbagai rintangan

Muhamad Muqharabbi­n Mokhtarrud­in atau Qobin selaku penaja ekspedisi Adam, berkata banyak rintangan terpaksa dilalui Adam sepanjang pendakiann­ya yang masuk hari ke-14, semalam.

“Adam terpaksa mengengsot dalam keadaan bersalji, tanah yang becak, tahi Yak (sejenis lembu bertanduk panjang dan berbulu tebal) yang banyak, oksigen yang kurang, serta pendakian yang panjang.

“Setiap hari beliau mendaki sejauh empat kilometer (km) hingga enam km dalam masa lapan jam hingga 10 jam,” kata Penjelajah Grand Slam pertama negara itu kepada NSTP, di sini, semalam.

Qobin berkata, Adam ketika menghubung­inya menerusi pesanan Whatsapp kini dalam keadaan sihat dan sentiasa bersemanga­t untuk mencapai impiannya.

Katanya, semalam, Adam akan mendaki ke Lobuche, yang berketingg­ian 4,900m dan dijangka tiba di Kem Induk Everest dalam masa tiga hari dari sekarang.

“Saya begitu terharu dan berbangga kerana Adam walaupun tidak berkaki, keazamanny­a untuk mencapai impian sangat tinggi. Beliau memberi suntikan inspirasi agar tidak cepat mengalah dengan kekurangan yang ada,” katanya.

Misi Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) Kem Induk Everest 2018 itu diketuai oleh Aliff Abdullah sebagai ketua perubatan dan Irwan Yusof, pengurus ekspedisi bersama jurulatih Adam, Ardi Dullam.

Qobin berkata, misi itu diharap dapat membuktika­n kepada dunia bahawa setiap rakyat Malaysia tidak kira siapa pun, mampu mencapai misi besar buat negara.

 ?? [FOTO IHSAN KE7B] ?? Adam (depan) bersama ahli ekspedisi kini berada di Thugla, pada ketinggian 4,600m dan dijangka tiba di Kem Induk Everest dalam masa tiga hari.
[FOTO IHSAN KE7B] Adam (depan) bersama ahli ekspedisi kini berada di Thugla, pada ketinggian 4,600m dan dijangka tiba di Kem Induk Everest dalam masa tiga hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia