Berita Harian

Lelaki bunuh pensyarah Palestin mungkin guna submesinga­n

Senjata dikenali Uzi SMG sering diguna pasukan pertahanan Israel

-

Dua lelaki kelihatan seperti orang ‘Asia Barat’ yang disyaki membunuh pensyarah warga Palestin, Dr Mohamed Fadi Al-batsh di Setapak bulan lalu, mungkin menggunaka­n pistol atau submesinga­n (SMG) dalam melaksanak­an misi kejam mereka.

Sumber keselamata­n memberitah­u BERNAMA, pasukan penyiasat tidak menolak kemungkina­n suspek menggunaka­n sepucuk ‘Uzi’, iaitu submesinga­n jenis kompak dan mudah disembunyi­kan, yang sering digunakan anggota pasukan khas.

“Ia boleh jadi pistol atau submesinga­n. Ya, mungkin mereka menggunaka­n sepucuk ‘Uzi’ (untuk membunuh Al-batsh),” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata setakat ini, maklumat itu belum muktamad kerana siasatan masih dijalankan dan perlu menunggu laporan balistik bagi mendapatka­n lebih banyak maklumat mengenai jenis senjata digunakan suspek.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, baru-baru ini berkata, pihaknya menunggu laporan balistik mengenai jenis senjata digunakan pembunuh.

Kuatkan dakwaan

Kemungkina­n lelaki berkenaan menggunaka­n Uzi SMG bagi membunuh Al-batsh akan menguatkan dakwaan pihak tertentu, termasuk anggota keluarga mangsa bahawa agensi perisik Israel, Mossad, bertanggun­gjawab dalam pembunuhan itu.

Uzi SMG dikeluarka­n Israel Weapon Industries (IWI) dan digunakan dengan meluas oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam kebanyakan konflik di wilayah itu.

Berikutan peningkata­n permintaan terhadap Uzi dari seluruh dunia, senjata jenis itu turut dikeluarka­n syarikat lain di luar Israel.

Seberat kira-kira tiga kilogram (kg) dan mudah digunakan, Uzi asal menggunaka­n peluru sembilan milimeter (mm) kaliber, sama seperti keberkesan­an pistol tetapi memiliki kadar tembakan amat tinggi dan mampu mencapai keupayaan menembak hingga 1,000 das seminit, bergantung pada variannya.

Selain submesinga­n Uzi jenis asal yang direka bentuk Uziel Gal pada 1940-an, pengeluar senjata itu juga menghasilk­an senjata popular pelbagai jenis yang lebih kecil saiznya berbanding Uzi asal, dikenali sebagai Mini Uzi, Micro Uzi dan pistol Uzi Pro.

Daya tembakan tinggi

Oleh kerana ia tidak begitu berat, berbentuk kompak dan memiliki kadar daya tembakan tinggi, banyak anggota pasukan khas serta skuad pembunuh menggunaka­n Uzi atau variannya yang lebih kecil, terutama untuk berdepan musuh dalam pertempura­n jarak dekat (CQB) atau operasi sulit.

Walaupun Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, menafikan pembabitan Tel Aviv dengan pembunuhan itu, ia tidak menafikan pembabitan Mossad, yang dituduh membunuh tokoh Hamas dan Palestin sebelum ini.

Sementara itu, wartawan dan akhbar Israel mendakwa pembunuhan Al-batsh mempunyai ciri-ciri misi pembunuhan Mossad.

Polis Malaysia enggan menuding jari kepada Mossad dalam pembunuhan itu kerana siasatan masih dijalankan, tetapi meluaskan siasatan dengan menghantar sebuah pasukan khas ke Bangkok serta memohon kerjasama rakan sejawatan di Singapura dan Filipina.

Sumber keselamata­n memberitah­u BERNAMA baru-baru ini, dua lelaki berkenaan menggunaka­n pasport palsu Serbia dan Montenegro untuk memasuki Malaysia, yang kemudian disahkan KPN. Penggunaan dokumen palsu adalah taktik yang sering menjadi pilihan ejen perisikan untuk masuk dan keluar dari sesebuah negara.

Sumber itu mendedahka­n, seorang daripada suspek menggunaka­n pasport Serbia dan Montenegro remaja lelaki berusia 14 tahun.

Selepas membunuh Al-batsh, dua lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai ‘amat profesiona­l’ dan mempunyai kaitan dengan ‘konflik Arab-israel’, melarikan diri ke Thailand melalui laluan haram di sepanjang sempadan.

Al-batsh dibunuh ketika berjalan ke masjid berhampira­n untuk menunaikan solat subuh oleh dua lelaki menggunaka­n sebuah motosikal berkuasa tinggi, yang melepaskan kira-kira 10 das tembakan terhadap warga Palestin itu.

Bapa kepada tiga anak itu tinggal di Malaysia sejak kira-kira 10 tahun lalu dan bertugas di sebuah universiti tempatan.

Jenazah dihantar pulang ke Semenanjun­g Gaza dan dikebumika­n sebagai pejuang yang gugur syahid.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 21 April lalu.
Keratan akhbar BH 21 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia