Berita Harian

Tiada istilah ‘dibebankan’

-

Dari D27

Dr Nagalingam berkata, istilah dibebani dengan tugas dan peranan sebagai ibu bapa di sekolah tidak wujud kerana tanggungja­wab seorang guru adalah untuk melihat anak didiknya berjaya.

“Sebagai ibu bapa, kita mahu melihat anak kita berjaya dan hal ini sama seperti guru yang mahukan anak didik mereka menjadi orang yang berguna dibentuk daripada kecil sehinggala­h membesar mengikut keupayaan masing-masing.

“Semua orang sedia maklum mereka yang menjadi guru akan memegang gelaran itu sehingga ke akhir hayat dan sudah pasti jasa serta keringat mereka diingati sepanjang masa,” katanya.

Bukan penyelesai masalah

Sementara itu, Kaunselor Pentadbir IPGKBA, Puan Nadiana Bujang, berkata guru tidak perlu bertindak sebagai penyelesai masalah, sebaliknya menjadi individu yang menggalakk­an murid untuk mencari jalan penyelesai­an seterusnya melahirkan generasi holistik pada masa depan.

Katanya, tugas guru terutama Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah lebih membantu dan mewujudkan celik akal dalam diri murid untuk menangani konflik.

“Dalam konteks ini, kompentens­i guru kaunseling adalah terbatas kerana peranan pendidik bukan mengubah murid, tetapi membantu golongan itu untuk bertanggun­gjawab terhadap diri sendiri.

“Kaunseling adalah proses menolong yang profesiona­l bertujuan membantu individu memahami dirinya sendiri dan persekitar­an,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Persediaan bakal guru

Puan Nadiana berkata, menurut pandangan Donald Super (1980) perkembang­an kerjaya terdiri daripada dua sudut iaitu peringkat dan peranan kehidupan.

“Kaunselor berperanan membantu [GAMBAR HIASAN] siswa pendidik untuk melihat kerjaya itu secara holistik sebagai individu serta membantu bakal pendidik jelas mengenai konsep kendiri yang positif, seterusnya memudahkan golongan itu menyesuaik­an diri di alam pekerjaan kelak,” katanya.

Sepanjang di IPGKBA, siswa pendidik didedahkan dengan pelbagai jenis terapi dalam kaunseling yang boleh diaplikasi apabila berdepan dengan murid yang memerlukan perhatian,” katanya.

“Antara terapi yang digunakan adalah terapi main, terapi seni dan terapi modifikasi perlakuan,” katanya.

 ??  ?? Dr Nagalingam Karuppiah
Dr Nagalingam Karuppiah
 ??  ?? Puan Nadiana Bujang
Puan Nadiana Bujang
 ??  ?? Guru bukan hanya mendidik aspek akademik di sekolah, malah turut menjadi pembimbing murid seolah-olah ibu bapa kedua.
Guru bukan hanya mendidik aspek akademik di sekolah, malah turut menjadi pembimbing murid seolah-olah ibu bapa kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia