Berita Harian

Pelbagai tanggungja­wab bukan halangan mendidik anak bangsa

-

Kuala Lumpur:

Kecekalan guru amat diperlukan kerana golongan itu bukan saja bertindak sebagai tenaga pengajar, tetapi turut perlu berkhidmat untuk keluarga sebagai ibu atau bapa dan ada sesetengah sedang menjalani pengajian memerlukan pembahagia­n masa yang bijak serta teratur.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) SKPP9(2), Sekolah Berprestas­i Tinggi, Puan Mazli Sham Abdullah, berkata menggalas tugas sebagai ketua guru bimbingan dan kaunseling di sekolah itu memerlukan beliau bertanggun­gjawab memastikan murid mendapat pendidikan kerjaya selain peningkata­n disiplin murid dan psikososia­l.

Beliau berkata, antara tugasnya ialah menjalanka­n sesi kaunseling dengan murid dan program untuk pembanguna­n serta perkembang­an sahsiah murid.

Pembahagia­n masa penting

Katanya, sebagai pendidik, sudah tentu pembahagia­n masa yang baik amat diperlukan dan emosi tidak boleh mudah terganggu kerana berdepan dengan pelbagai karenah individu.

“Seorang guru perlu mengawal emosi apabila berdepan dengan cabaran ini termasukla­h ketika berada di rumah. Saya sentiasa meletakkan diri jangan cepat melatah dan emosi perlu dijaga supaya tidak menjadikan masalah murid sebagai bebanan.

“Kita perlu mendorong murid berfikiran lebih kreatif untuk mencari alternatif menyelesai­kan masalah mereka mengikut penilaian kendiri yang dibentuk melalui hubungan dengan persekitar­an seperti ahli keluarga, rakan sebaya atau masyarakat,” katanya.

Puan Mazli berkata, di rumah, beliau seorang isteri dan ibu kepada lima orang cahaya mata yang mana anak kelimanya adalah anak berkeperlu­an khas yang turut bersekolah di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKPP9(2).

Selain itu, katanya, beliau juga sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah Psikologi Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengambil banyak masa untuk menyiapkan

tesis dan beberapa pembentang­an serta penulisan artikel untuk jurnal/prosiding, justeru, beliau perlu tenang menghadapi pelbagai cabaran.

Cintakan profesion guru

Sementara itu, guru di SK Bukit Sentosa, Rawang, Puan Zanariah Abdul pula memberitah­u, semangat dan cinta terhadap profesion keguruan itu mendorongn­ya untuk terus kekal bersemanga­t menjadi guru walaupun sudah bercuti selama setahun bagi mendapatka­n rawatan sepenuhnya di hospital.

Bekas pesakit pangkal hidung itu berkata, sehingga hari ini, beliau mempunyai masalah kurang air liur kesan daripada rawatan kanser yang dilalui, bagaimanap­un tidak menghalang untuknya berbakti kepada anak bangsa.

“Kesakitan boleh datang dan pergi, namun anak bangsa perlu diberi perhatian dan memang benar sebagai pendidik, emosi itu perlu dijaga.

“Walaupun kekuatan kudrat agak terbatas, saya mempunyai cara tersendiri dengan memberitah­u anak murid keadaan guru mereka dan juga banyakkan aktiviti murid serta adakala terpaksa kurangkan bercakap, melainkan ada sesi pengenalan soal jawab,” katanya.

 ??  ?? Guru SK Bukit Sentosa, Rawang, Puan Zanariah yang juga bekas pesakit kanser pangkal hidung merakam kenangan manis bersama-sama anak muridnya.
Guru SK Bukit Sentosa, Rawang, Puan Zanariah yang juga bekas pesakit kanser pangkal hidung merakam kenangan manis bersama-sama anak muridnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia