Berita Harian

FBM KLCI dijangka meningkat selepas susut sejak 3 minggu

-

Pada minggu lalu, dagangan hanya untuk dua hari, iaitu Isnin dan Selasa serta ditutup pada Rabu kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan cuti pada Khamis dan Jumaat yang di isytiharka­n oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Pasaran dibuka rendah dan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus turun pada Selasa ke paras terendah 1,819.28 mata.

Bagaimanap­un, pasaran meningkat hingga 1,851.53 mata dan ditutup pada paras 1,846.51 mata, naik 4.68 mata.

Malaysia baru sahaja selesai menghadapi PRU-14 yang mana parti yang memerintah selama 63 tahun telah tumbang dan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, kembali menjadi Perdana Menteri yang ketujuh.

Seperti untuk sebarang perubahan, Malaysia juga tidak terkecuali, yang mana pasaran akan turun dengan disokong oleh ringgit yang melemah ke paras 4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pasaran saham dibuka semula hari ini dan dijangkaka­n pasaran saham meningkat semula selepas jatuh sejak tiga minggu lalu.

Bagaimanap­un, berkemungk­inan akan berlaku kejatuhan untuk jangka pendek berikutan pengurus dana dan pelabur asing akan mengimbang­i portfolio mereka, terutama aset kewangan mereka.

Antara faktor yang akan diambil kira oleh pengurus dana tempatan dan asing adalah penghapusa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) , yang mana ini akan mengurangk­an pendapatan cukai sebanyak 20 peratus dan empat peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Untuk 100 hari yang pertama selepas PRU-14, pelabur akan memerhatik­an janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan, sama ada mereka akan melaksanak­an janji terbabit.

Untuk minggu ini, pasaran dijangka masih tidak menentu dan pelabur dinasihatk­an berhatihat­i dan mencari peluang untuk membeli saham yang berkualiti pada harga rendah kerana untuk jangka panjang, pasaran dijangka naik dan mencapai paras tertinggi untuk tahun ini apabila keyakinan pelabur kembali.

Kaunter yang patut diberi perhatian adalah kaunter yang memberi dividen tinggi dan mempunyai polisi pemberian dividen.

Antara sektor yang akan menarik perhatian pelabur ialah sektor perbankan, yang mana pelabur asing menjadi penjual bersih untuk bulan ini dan dijangkaka­n pelabur asing terus menjadi penjual bersih.

Kaunter yang berkaitan dengan kerajaan terdahulu juga akan menarik perhatian pelabur.

Kaunter pembinaan juga mungkin terjejas kerana berkemungk­inan kajian semula ke atas projek mega.

Antara kaunter yang terbabit dengan projek mega adalah seperti Gamuda, YTL, MRCB, Protasco, IJM corp dan lain-lain.

Kaunter pengguna akan mendapat faedah berikutan pemansuhan GST. Antara kaunter pengguna adalah Nestle, CCK, Kawan Food, QL Resources, Bonia dan lain-lain.

Untuk minggu lalu, FBM

KLCI terus turun berikutan ketidakten­tuan kerana PRU-14 dan indeks penanda aras Bursa Malaysia itu ditutup turun

13.63 mata pada Selasa lalu untuk ditutup pada 1,828.20.

Pasaran Asia ditutup bercampur-campur pada Isnin apabila pelabur mencerna kebimbanga­n perdaganga­n dan jumlah peluang pekerjaan di AS, sementara harga minyak mentah mencecah AS$70 untuk kali pertama sejak 2014.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.922 bilion saham yang diniagakan, sementara nilai pasaran menurun kepada RM2.094 bilion.

Semua indeks Bursa Malaysia ditutup merah pada Isnin kecuali Perlombong­an. Jajaran pasaran masih negatif dengan 187 kaunter untung dan 750 kaunter rugi.

Kaunter untung termasuk OPCOM +RM0.045 (+11.25 peratus), HIBISCS +RM0.035 (+4.43 peratus), LUXCHEM +RM0.02

(+3.28 peratus), Allianz +RM0.18 (+1.61 peratus), dan VITROX +RM0.07 (+1.35 peratus).

Kaunter rugi termasuk, BAT -RM0.54 (-2.35 peratus), PETDAG -RM0.40 (-1.49 peratus), TM -RM0.16 (-3.1%), GKENT -RM0.13 (-3.25 peratus), WPRTS -RM0.13 (-4.02 peratus), HLFG -RM0.26(-1.38 peratus), MUDA -RM0.11 (-4.8 peratus), PENTA -RM0.13 (-6.05 peratus) dan CIMB -RM0.10 (-1.48 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah RM273.6 juta. Ringgit menyusut nilai pada RM3.9450 berbanding dolar AS pada Isnin.

Pada hari Selasa, FBM KLCI naik 18.31 mata untuk ditutup pada 1,846.51. Kenaikan itu memadamkan kejatuhan empat hari berturut-turut sebelum ini.

Pasaran Asia ditutup tinggi pada Selasa, dengan harga minyak lebih rendah berikutan pengumuman Presiden Donald Trump, bahawa beliau akan membuat keputusan mengenai perjanjian nuklear Iran pada Selasa. Jumlah dagangan meningkat kepada

2.351 bilion saham yang diniagakan, sementara nilai pasaran meningkat kepada RM2.801 bilion.

Semua indeks Bursa ditutup hijau pada hari itu. Jajaran pasaran adalah positif dengan 67 counter untung dan 281 kaunter rugi

Kaunter untung termasuk

AJI +RM0.52 (+2.38 peratus), TIMECOM +RM0.46 (+5.8peratus), HLFG +RM0.42 (+2.26peratus), HENGYUAN +RM0.16 (+2.08peratus), CIMB +RM0.23 (+3.45peratus), AXIATA +RM0.18 (+3.52peratus), UNISEM +RM0.11 ??(+6.51peratus), WPRTS +RM0.16 (+ 5.16peratus), OPCOM +RM0.16 (+35.96peratus), dan RHBBANK +RM0.18 (+ 3.54peratus).

Kaunter rugi termasuk, ANNJOO -RM0.08 (-2.95peratus), WASEONG -RM0.04 (-2.86peratus), 3A -RM0.08 (-7.62peratus), dan MAXIS -RM0.07 (-1.25peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah -RM231.2 juta.

Ringgit menyusut nilai pada RM3.9497 berbanding dolar AS.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia