Berita Harian

Pasaran dalam fasa pembetulan

Bursa perlu tempoh hingga dua minggu sebelum kembali stabil, meningkat

-

Bursa Malaysia dijangka beralih kepada pembetulan dan menyaksika­n tekanan jualan apabila dagangan bersambung semula pada Isnin, dengan saham yang mempunyai kaitan secara politik kepada Barisan Nasional (BN), terutamany­a dalam sektor pembinaan, menjadi tumpuan utama.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata jangkaan itu berdasarka­n kepada perubahan rejim sebelum ini di Thailand, Amerika Syarikat dan Itali, selain United Kingdom yang keluar daripada Kesatuan Eropah.

“Pembetulan terbabit dalam tempoh satu hingga dua minggu sebelum pasaran stabil dan meningkat semula.

“Oleh itu, unjuran saya ialah pasaran (tempatan) akan meronanjun­g sot dengan ketara sebanyak lima peratus, atau kira-kira 18 hingga 19 mata pada Isnin, tetapi itu bukan permulaan aliran penurunan, tetapi disebabkan kesan terhadap harga saham berikutan perkembang­an terbaru,” katanya kepada Bernama.

Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila memenangi 121 daripada 222 kerusi Parlimen.

Pasaran saham ditutup pada Rabu sempena PRU-14, serta Khamis dan Jumaat yang diumumkan sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Nazri Khan berkata pada masa ini, pelabur menantikan gambaran yang lebih jelas mengenai dasar PH, termasuk butiran mengenai pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan pengenalan semula subsidi minyak.

“Saya percaya (langkah) ini akan diperjelas­kan minggu depan supaya pelabur seperti kami dapat menyerap kesan (terhadap pasaran), dan pasaran akan diniagakan tinggi semula,” katanya, sambil menambah minggu depan akan menjadi peluang belian yang baik untuk pelabur jangka panjang.

“Apabila kita melihat senario yang sama di negara lain, pembetulan dramatik dilihat apabila perubahan rejim berlaku, tetapi pasaran meningkat semula dalam beberapa minggu selepas semua penjelasan dinyatakan,” katanya.

Bagi asas Jumaat kepada Selasa, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 4.68 mata kepada 1,846.51 daripada 1,841.83 minggu lalu.

Indeks FBM Emas naik 26.42 mata kepada 12,885.71, Indeks FBMT100 meningkat 29.10 mata kepada 12,698.44 dan FBM 70 menambah 24.38 mata kepada 15,303.26.

Indeks FBM Emas Shariah jatuh 12.08 mata kepada 13,075.36 dan FBM Ace susut 15.84 mata kepada 5,212.33.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 141.21 mata kepada 18,090.59, bagaimanap­un Indeks Perusahaan merosot 8.48 mata kepada 3,196.55 dan Indeks Perladanga­n jatuh 55.99 mata kepada 7,849.72.

Jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 4.27 bilion unit bernilai RM4.89 bilion daripada 7.08 bilion unit bernilai RM8.58 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan Pasaran Utama jatuh kepada 2.39 bilion saham bernilai RM4.53 bilion berbanding 4.19 bilion saham bernilai RM8 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan waran susut kepada 1.22 bilion unit bernilai RM235.14 juta berbanding 1.90 bilion unit bernilai RM407.34 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 643.35 juta saham bernilai RM122.59 juta daripada 970.50 juta saham bernilai RM165.11 juta sebelum ini.

Jangkaan itu berdasarka­n kepada perubahan rejim sebelum ini di Thailand, AS dan Itali, selain United Kingdom yang keluar daripada Kesatuan Eropah. Pembetulan terbabit dalam tempoh satu hingga dua minggu sebelum pasaran stabil dan meningkat semula” Nazri Khan Adam Khan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia