Berita Harian

MYCARE sasar kutip RM3.5J jayakan kempen Myramadan

Bantuan akan diagih kepada masyarakat Islam di 21 negara

- Oleh Syanty Octavia Amry soctavia@nstp.com.my

Humanitari­an Care Malaysia (MYCARE) menyasarka­n kutipan RM3.5 juta bagi menjayakan kempen Myramadan, sepanjang Ramadan dan Syawal, tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kamarul Zaman Shaharul Anwar, berkata menerusi kempen itu, bantuan akan diagihkan kepada masyarakat Islam yang memerlukan di 21 negara.

Katanya, sebahagian besar bantuan itu akan disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza, Baitulmaqd­is, Tebing Barat, masyarakat Islam di Syria serta di kem pelarian di Turki, Lubnan, Jordan dan pelarian Rohingya di Cox’s Bazar.

Agih pek makanan

“Bantuan yang akan diberi berupa pek makanan bagi sahur dan berbuka puasa serta keperluan asas seperti beras, tepung, minyak, susu dan kurma untuk memastikan mereka dapat menjalani ibadat puasa dengan baik.

“Kami juga akan menyediaka­n bantuan seperti pakaian baharu dan duit raya kepada kanak-kanak yang memerlukan bagi memastikan mereka gembira meraikan Aidilfitri,” katanya pada majlis pelancaran kempen itu di PPR Kota Damansara, semalam.

Kamarul berkata, bantuan awal seperti makanan akan mula dilakukan pada pertengaha­n bulan ini dan bantuan seterusnya akan dihantar pada minggu kedua Ramadan melalui rakan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara terbabit.

“Sejak kempen ini diperkenal­kan lapan tahun lalu, tumpuan utama kami adalah memberi bantuan dan pada peringkat awalnya lebih kepada usaha membantu rakyat di Palestin.

“Pada 2014, bantuan ini kami perluaskan kepada pelarian Syria, Iraq dan pelarian Rohingya yang mana terdapat 200,000 orang pelarian Rohingya di Malaysia.

50 keluarga terima bantuan

“Kemudian, kami kembangkan kepada rakyat Malaysia dan sehingga kini, bantuan yang kami salurkan sudah lebih RM100 juta,” katanya.

Pada majlis sama, seramai 50 keluarga di sekitar PPR Kota Damansara turut mendapat bantuan berupa barangan keperluan asas.

Mereka terdiri daripada keluarga miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

“Untuk bantuan rakyat Malaysia, kami merancang melakukann­ya di banyak kawasan. Minggu lalu, kami pergi ke Utara menyalurka­n bantuan, hari ini di Kota Damansara.

“Selepas ini, kami akan meneliti beberapa lagi kawasan yang dirasakan memerlukan bantuan,” katanya.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Kamarul menyampaik­an pek bantuan kepada warga PPR pada majlis pelancaran kempen Myramadan di PPR Kota Damansara, semalam.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Kamarul menyampaik­an pek bantuan kepada warga PPR pada majlis pelancaran kempen Myramadan di PPR Kota Damansara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia