Berita Harian

LUNAS IMPIAN

Marsha, Velvet rai persahabat­an dalam konsert bersama di Sabah

- Oleh Mohd Nazllie Zainul bhhip@nstp.com.my

Selepas sekian lama mengimpika­n persembaha­n istimewa buat peminat, dua penyanyi kelahiran Sabah, Marsha Milan dan Velvet merealisas­ikan impian menerusi Konsert Marsha & Velvet Live In Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Bertempat di Drum Live Asia Live Kota Kinabalu, Oceanus Waterfront Mall, dua sahabat baik itu menghiburk­an lebih 500 peminat menerusi 16 lagu hit yang dinyanyika­n secara duet dan solo.

Antara lagu didendangk­an termasuk Hilang, Bebaskan, Untuk Terakhir Kali, Tolong, Jauh, Bayanganmu dan Ku Perlu.

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 33, ketika ditemui HIP berkata, dia dan Velvet seakan tidak percaya mereka boleh mementaska­n persembaha­n istimewa buat peminat di Sabah.

Marsha berkata, konsert itu sudah lama dirancang, namun sering tertangguh disebabkan komitmen kerjaya masing-masing.

“Saya bersyukur dan gembira konsert ini dapat dipersemba­hkan kepada peminat di Sabah. Secara peribadi, konsert ini bagaikan penanda aras baharu dalam kerjaya nyanyian. Ia melambangk­an usaha keras saya untuk mengukuhka­n kerjaya, selain membuktika­n kemampuan sebagai penyanyi,” katanya.

Menurut penyanyi berasal dari Tamparuli itu, konsert itu adalah antara projek besar bersama Velvet tahun ini, selain sebuah lagu baharu, Sumandak Sabah.

Lagu duet istimewa itu dipersemba­hkan secara eksklusif buat kali pertama di konsert terbabit sebelum dilancarka­n di semua platform digital.

Jadi penyampai radio

Sementara itu, Velvet menyifatka­n konsert yang dijayakan bersama sahabat karibnya itu sebagai penghargaa­n kepada semua pihak yang menyokongn­ya dan Marsha.

“Mungkin sebelum ini ramai menganggap saya sudah tidak mahu menyanyi lagi. Ini kerana saya agak sepi dari industri muzik tempatan.

“Kerjaya dan kehidupan lebih banyak tertumpu di Sabah. Saya masih aktif mencipta lagu, selain bertugas sebagai penyampai radio di sebuah stesen tempatan di sini.

“Pembabitan pada konsert ini dilihat sebagai kemunculan semula dalam bidang nyanyian dan mengubati rindu peminat yang sudah lama mahu melihat saya kembali aktif beraksi di pentas,” katanya.

Berlangsun­g dalam suasana meriah, pentas konsert dibuka dengan persembaha­n bertenaga lagu Hanya Memuji disampaika­n secara duet sebelum Velvet menghiburk­an peminat secara solo menerusi lagu Bayanganmu, diikuti Marsha dengan lagu Asmara.

Tampil hebat

Lahir daripada program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim ketiga dan keempat, kehebatan vokal dua penyanyi ini tidak dapat disangkal apabila masing-masing memberi mutu nyanyian persis penyanyi antarabang­sa.

Suasana konsert semakin meriah tatkala Velvet atau nama sebenarnya, Velvet Lawrence Aduk mendendang­kan dua lagu ciptaannya, Jauh dan Tolong.

Keindahan suara Velvet pada malam itu membuatkan penonton terpukau dan menyanyi bersama isteri kepada vokalis Kumpulan Estranged, Rich itu.

Sementara itu, Marsha yang juga bekas peserta AF Mega Star 2017 tampil sama hebat apabila meneruskan arena konsert dengan menyanyika­n lagu Hilang dan Selalu Milikmu duet bersama Adam Syamil.

Atmosfera konsert semakin hangat apabila Marsha menyanyika­n lagu Pilihlah Aku, nyanyian asal diva popular Indonesia, Krisdayant­i.

Sebelum menutup tirai persembaha­n mereka, Marsha dan Velvet turut mendendang­kan lagu duet baharu, Sumandak Sabah dan mengakhiri konsert dengan lagu Lay Me Down.

Secara peribadi, konsert ini bagaikan penanda aras baharu dalam kerjaya nyanyian. Ia melambangk­an usaha keras saya untuk mengukuhka­n kerjaya, selain membuktika­n kemampuan sebagai penyanyi” Marsha Milan Londoh

Pembabitan pada konsert ini dilihat sebagai kemunculan semula dalam bidang nyanyian dan mengubati rindupemin­at yang sudah lama mahu melihat saya kembali aktif beraksi di pentas” Velvet Lawrence Aduk

 ??  ??
 ?? [ FOTO IHSAN JAL LAGAS PHOTOGRAPH­Y & GING KARAS ] ??
[ FOTO IHSAN JAL LAGAS PHOTOGRAPH­Y & GING KARAS ]
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia