Berita Harian

Gelombang Korea bukan hanya bercorak budaya

Masyarakat perlu bersedia, cari kesan positif boleh beri manfaat

- Oleh Hasliza Hassan hasliza_hassan@bh.com.my

Istilah hallyu merujuk kepada ‘gelombang Korea’ yang berpunca daripada meningkatn­ya populariti hiburan dan budaya dari negara itu melalui drama serta muzik Kpop yang melanda sejak tahun 2010.

Populariti yang berkembang secara mendadak itu memang mengejutka­n kerana gelombangn­ya dirasai hampir seluruh dunia yang bukan saja terpengaru­h dengan drama televi syen dan filem, bahkan dari fe syen serta makanan hingga produk kecantikan.

Tidak hairan rakyat Malaysia turut menerima budaya itu dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk mempelajar­i bahasa Korea seperti ‘sarang-haeyo’ (saya sayang awak) atau ‘anyohaseyo’ (apa khabar).

Profesor Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, berkata gelombang Korea yang turut mempengaru­hi masyarakat di negara ini bukan sesuatu yang merisaukan kerana ia antara corak interaksi antara masyarakat berbeza.

Katanya, walaupun sebahagian daripada masyarakat termasuk Islam dan bukan Islam akan menghadapi kesukaran menerima perkara baharu, bersetuju atau sebaliknya, ia adalah perubahan tidak dapat dielakkan.

“Tetap akan ada dalam komuniti Islam dan bukan Islam yang mendapati budaya baharu ini tidak boleh diterima, itu yang saya tidak ragukan langsung. Cuma, kita perlu perhatikan gelombang Korea ini bukan hanya bercorak budaya.

Cari kesan positif

“Gelombang itu turut dibawa dalam kerangka ekonomi. Jangan keliru dengan gambaran luaran sahaja kerana ini adalah satu perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Antarabang­sa Gelombang Korea dalam Islam Asia Tenggara: Strategi Kebersamaa­n Kini dan Masa Depan di sini.

Seminar anjuran Pusat Penyelidik­an Malaysia-korea Universiti Malaya (UM) dan Institut King Sejong, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu bertujuan melihat persepsi positif serta negatif gelombang Korea yang turut menjadi fenomena kepada masyarakat Islam di rantau ini.

Beliau yang menyampaik­an ucaptama pada seminar itu berkata, gelombang Korea ‘memberitah­u’ aktiviti muzik dan kebudayaan boleh menjadi produk untuk dieksport seperti pernah dicapai kumpulan na syid terkenal negara, Raihan yang diterima di luar negara.

Justeru, demi memanfaatk­an pertembung­an peradaban daripada aliran gelombang itu, Shamsul Amri mencadangk­an masyarakat Korea bertolak ansur dan memahami sensitivit­i agama, selain mengambil tahu perkembang­an masyarakat Islam di Asia Tenggara.

“Ketakutan hanya akan menimbulka­n konflik, sedangkan tiada apa yang perlu ditakutkan terhadap gelombang Korea, sebaliknya kita perlu bersedia dan mencari kesan positif yang boleh diperoleh daripada perkembang­an itu.

“Dulu ada budaya kuning yang menimbulka­n panik, kemudian tarian dangdut pun begitu juga.

“Sebenarnya kita yang mencipta sempadan, alangkah baik jika kita memikirkan strategi melahirkan gelombang yang membawa orang lain ke negara kita,” katanya.

Ambil nilai baik

Sementara itu, Profesor di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM, Prof Dr Azizah Hamzah, berkata Malaysia patut mengambil inspirasi daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan Korea memperdaga­ngkan budaya sebagai komoditi.

Beliau berkata, jika dahulu industri kebudayaan didominasi Barat yang diikuti Bollywood, Hong Kong dan China, gelombang Korea menjadi petanda saingan daripada negara kecil juga menawarkan alternatif.

Katanya, persamaan budaya dipamerkan dalam drama dan filem Korea membolehka­n masyarakat Asia menerima budaya Korea, sekali gus menggalakk­an lagi mengalirny­a gelombang itu dengan lebih deras.

“Penerimaan itu kerana persamaan nilai baik yang ditonjolka­n seperti menghormat­i orang tua dan kepentinga­n hubungan kekeluarga­an yang turut diberi penekanan dalam masyarakat Islam,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Rakyat Malaysia turut menerima budaya Korea dalam pelbagai aspek kehidupan.
[FOTO HIASAN] Rakyat Malaysia turut menerima budaya Korea dalam pelbagai aspek kehidupan.
 ??  ?? Dr Shamsul Amri Baharuddin
Dr Shamsul Amri Baharuddin
 ??  ?? Dr Azizah Hamzah
Dr Azizah Hamzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia