Berita Harian

Pyongyang musnah tapak ujian nuklear

-

di hadapan media asing yang dijemput khas.

Presiden As, Donald Trump menghambur pujian ke atas tindakan rejim Pyongyang untuk memusnahka­n tapak ujian Punggye-ri dalam satu majlis dijadualka­n antara 23-25 Mei ini.

“Terima kasih, satu tindakan yang bijak dan baik hati,” kata Trump menerusi Twitter.

Dialog dicetuskan oleh Seoul itu menyaksika­n bagaimana hubungan Korea Utara-as yang saling bertukar cercaan dan ugutan perang sejak, tahun lalu bertukar kepada persetujua­n untuk mengadakan per- sidangan antara Kim serta Trump di Singapura pada 12 Jun nanti.

Tiada komitmen serah senjata, peluru berpandu

Namun pengkritik memberi amaran, Pyongyang masih belum menyatakan sebarang komitmen dalam menyerahka­n kesemua senjata milik mereka, termasuk peluru berpandu yang berkeupaya­an untuk terbang hingga ke AS.

Washington menuntut Korea Utara, menghentik­an semua program nuklear negara terbabit dan menekankan bahawa pengesahan adalah kunci utama.

Punggye-ri di timur laut Korea Utara sebelum ini menjadi lokasi kesemua enam ujian nuklear termasuk yang terakhir dan paling kuat pada September tahun lalu, dikenali sebagai H-bomb. menurut Pyongyang.

Sementara itu, Korea Selatan menyambut baik pengumuman itu.

“Kami berharap bunyi letupan di terowong Punggye-ri nanti akan menjadi langkah pertama ke arah usaha menjadi Semenanjun­g Korea bebas daripada nuklear,” kata jurucakap presiden di Seoul. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia