Berita Harian

Sempadan ditutup, remaja Palestin maut

-

Baitulmaqd­is: Israel bertindak menutup lintasan sempadan utama dengan Semenanjun­g Gaza dan memusnahka­n terowong milik militan Hamas.

Ini berlaku sehari selepas bantahan warga Palestin yang bertukar ganas sehingga menyebabka­n seorang remaja berusia15 tahun terkorban, semalam selepas terkena tembakan.

Jamal Afana ditembak di bahagian kepala, ketika pertempura­n di sepanjang sempadan Israel berhampira­n Rafah, selatan Gaza, kelmarin, menurut kementeria­n yang dikuasai Hamas.

Marah pindah kedutaan AS ke Baitulmaqd­is

Negara Palestin juga makin marah menjelang pemindahan pejabat kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Baitulmaqd­is, hari ini.

Puluhan penduduk Palestin mengadakan demonstras­i memecah masuk ke terminal berkenaan di sebelah Gaza Jumaat lalu, membakar saluran paip yang menyalurka­n gas dari Israel.

Keganasan menyebabka­n kerosakan di terminal, lokasi bantuan kemanusiaa­n disampaika­n, yang dianggarka­n lebih AS$9 juta (RM35 juta), kata pegawai Israel.

Lebih dua juta penduduk menetap di Gaza, yang menyaksika­n kemiskinan dan kadar penganggur­an tinggi.

Penceroboh­an berlaku ketika bantahan besar-besaran mingguan yang menyaksika­n ribuan penduduk Palestin berkumpul di sepanjang sempadan kedua-dua wilayah.

Lebih 40 penduduk Palestin maut sepanjang enam minggu bantahan dan puluhan ribu penduduk Gaza dijangka berkhemah di sempadan dalam masa beberapa hari lagi.

REUTERS

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Tentera sempadan Israel mengejar seorang peneroka Yahudi selepas pertempura­n dengan warga Palestin di sebuah kawasan penempatan dekat Ramallah, di Tebing barat, semalam.
[ FOTO REUTERS ] Tentera sempadan Israel mengejar seorang peneroka Yahudi selepas pertempura­n dengan warga Palestin di sebuah kawasan penempatan dekat Ramallah, di Tebing barat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia