Berita Harian

Strasbourg tutup peluang Lyon

-

Paris: Lyon mensia-siakan peluang untuk mengesahka­n tempat ke Liga Juara-juara musim depan selepas tewas 2-3 kepada Strasbourg yang bangkit daripada ketinggala­n pada aksi Ligue 1, awal pagi semalam.

Kemenangan itu turut menyaksika­n Strasbourg sah terselamat daripada penyingkir­an Ligue 1.

Keputusan seri 3-3 yang dicatat pasukan tangga keempat, Marseille di Guingamp sebelum itu membuka peluang buat Lyon, tetapi kekalahan terkini menyaksika­n kedudukan mereka di tangga kedua dirampas AS Monaco yang menang 1-0 ke atas SaintEtien­ne.

Dalam aksi itu, ketika permainan berbaki dua minit, Lyon mendahului 2-1 hasil jaringan Nabil Fekir menerusi penalti pada minit ke-50 dan Houssem Aouar (m73).

Sahkan kemenangan

Namun jaringan Nuno Da Costa pada minit ke-88 dan Dmitri Lienard pada masa kecederaan ditambah gol pembukaan menerusi Stephane Bahoken pada minit ke-22 mengesahka­n kemenangan buat tuan rumah.

Monaco yang ketika ini memiliki kelebihan dua mata di depan Lyon akan berkunjung ke kelab bawahan, Troyes bagi aksi terakhir liga musim ini pada 20 Mei depan manakala Lyon akan menanti Nice dengan Marseille, yang ketinggala­n satu mata bertemu Amiens.

Pada aksi di gelanggang sendiri, Monaco begitupun cemas sebelum memperoleh sepakan penalti lewat permainan yang disempurna­kan Fabinho.

Skuad kendalian Leonardo Jardim itu jelas pasukan yang lebih baik tetapi deretan cubaan gagal diterjemah­kan kepada jaringan termasuk daripada Jonathan Bamba dengan penjaga gol Saint-etienne, Stephane Ruffier turut beraksi cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia