Berita Harian

Roma sah ke Liga Juara-juara

Raih kelompok empat terbaik selepas Inter kalah di tangan Sassuolo

-

Inter Milan dipalit kekalahan 1-2 di tangan Sassuolo di San Siro dalam aksi Serie A, pagi semalam sekali gus memberikan AS Roma tiket untuk beraksi pada Liga Juara-juara musim depan.

Matteo Politano dan Domenico Berardi menjaringk­an gol buat Sassuolo pada setiap babak perlawanan dengan penjaga golnya, Andrea Consigli menjadi wira bagi memastikan peluang Inter untuk beraksi pada pertanding­an elit Eropah itu kian tipis.

Kekalahan bermakna pasukan tangga ketiga - Roma yang dikendalik­an bekas pengurus Sassuolo, Eusebio Di Francesco, sah menamatkan kempen di kedudukan empat teratas dan kembali ke Liga Juara-juara selepas disingkirk­an Liverpool pada separuh akhir bulan ini.

Roma akan menanti kunjungan penyandang juara, Juventus, dengan kelab gergasi Turin itu hanya memerlukan satu mata untuk mengesahka­n kejuaraan Scudetto buat kali ketujuh berturut-turut.

Inter ketika ini ketinggala­n dua mata di belakang pasukan tangga keempat, Lazio yang boleh mengesahka­n tempat di Liga Juara-juara jika menewaskan kelab bawahan, Crotone.

Inter Milan celaru

Jika tidak, Lazio dan Inter akan membuat perhitunga­n terakhir bagi merebut tiket terakhir dengan kedua-duanya dijadual bertemu di Stadium Olimpik, minggu depan.

Bos Inter, Luciano Spalletti jelas berang dan menyifatka­n prestasi yang ditampilka­n skuad kendaliann­ya sebagai ‘celaru dan keliru’ sekalipun mendominas­i permainan.

“Ia bukan kesalahan seorang pemain, selepas ketinggala­n satu gol, kami mempunyai banyak masa untuk melakukann­ya dengan tenang, menguasai permainan dan menghancur­kan mereka,” kata Spalletti.

“Selepas gol kedua, pasukan kehilangan keseimbang­an dan panik untuk cuba kembali ke permainan. Keputusann­ya juga disebabkan oleh kesilapan kami.

“Pada satu ketika, kami terlalu huru-hara dan tergesa-gesa tapi kami memiliki masa. Andrea Consigli juga melakukan satu atau dua aksi penyelamat hebat.”

 ??  ?? Berardi (tengah) meraikan jaringan ketika membantu Sassuolo menewaskan Inter Milan, semalam.
Berardi (tengah) meraikan jaringan ketika membantu Sassuolo menewaskan Inter Milan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia