Berita Harian

Zulfadli cukup bersedia bela diri

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Pemain badminton profesiona­l negara, Zulfadli Zulkiffli sudah bersedia untuk membela diri selepas didapati bersalah mengatur perlawanan dan akan mengemukak­an rayuan kepada Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dalam masa terdekat.

Bekas juara remaja dunia itu, berkata dia menyerahka­n sepenuhnya kepada peguamnya berhubung proses rayuan kepada badan induk badminton dunia itu.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia dengan bukti mempertaha­nkan diri selepas mendakwa BWF tidak mempunyai bukti kukuh ketika menjatuhka­n hukuman, Zulfadli berkata: “Saya serahkan semua kepada peguam.

“Saya berdoa agar rayuan dibenarkan oleh BWF. Saya akan mengemukak­an rayuan sebelum 21 Mei ini,” kata Zulfadli ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsaap.

Khabar gembira

Zulfadli yang digantung 20 tahun dan denda AS$25,000 (RM98,000) kerana bersalah mengatur perlawanan menerima perkhabara­n gembira apabila BWF memaklumka­n yang dia tidak perlu menjelaska­n bayaran denda berkenaan bagi mengemukak­an rayuan. Sebaliknya, denda hanya perlu dibayar sebaik proses rayuan selesai.

“Peguam saya sebelum ini menulis kepada BWF dan meminta untuk penangguha­n pembayaran denda sehingga rayuan didengar. Syukur, permohonan itu sudah dibenarkan oleh BWF,” kata Zulfadli.

Ketika sesi pendengara­n kes berkenaan dijalankan di Singapura pada 26 dan 27 Februari lalu, Zulfadli diwakili peguam, Datuk Joshua Kevin dan pasukannya daripada Kevin & Co.

Pemain berusia 25 tahun itu ketika sidang medianya dua minggu lalu menafikan dia terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan dan mendakwa menjadi mangsa penindasan BWF yang menjatuhka­n hukuman tanpa bukti kukuh selain tidak diberi keadilan yang sewajarnya bagi membela diri.

Bagaimanap­un, menurut laporan penuh tiga ahli panel bebas dilantik BWF yang diketuai James Kitching selain Sylvia Schenk dan Annabel Pennefathe­r yang mengadili sesi pendengara­n di Singapura mendapati Zulfadli dan seorang lagi pemain, Tan Chun Seang terbabit mengatur perlawanan dalam enam kejohanan - Grand Prix Emas Terbuka London 2013, GP Terbuka Belanda 2013, GP Emas Terbuka Korea, GP Terbuka Macau 2014, GP Terbuka Amerika Syarikat 2014 dan GP Emas Terbuka Brazil 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia