Berita Harian

Azlan enggan ulas isu ganti Zulfahmi

-

Sepang: Bekas pelumba Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzama­n mengambil pendekatan berdiam diri meskipun digembar-gemburkan sebagai calon pengganti Zulfahmi Khairuddin dalam pasukan SIC Racing.

Azlan yang kini beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) berkata, dia tidak boleh memberi sebarang komen kerana terikat dengan kontrak bersama Kawasaki.

“Saya tak tahu dan tak boleh memberi apa-apa komen kerana saya bersama Kawasaki... saya tak boleh bagi jawapan

(gambar)

apa-apa,” kata Azlan yang sebelum ini menyertai Moto2 dunia dari 2014 hingga 2015.

Berada tangga ke-23

Pada tahun terakhirny­a bersama IDEMITSU Honda Team Asia, Azlan, 33, menamatkan musim 2015 dengan 24 mata untuk berada di tangga ke-23 keseluruha­n.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, pengganti Zulfahmi mungkin bukan daripada kalangan pelumba tempatan dan pihaknya sudah mempunyai senarai pendek, antaranya pelumba Indonesia, Dimas Ekky Pratama.

Dimas ketika ini beraksi dalam kelas Moto2 di Kejuaraan Motosikal Remaja Eropah (CEV) dan empat lagi calon utama adalah dari Finland, Sepanyol dan Jerman (dari CEV dan Kejuaraan Superbike Dunia).

Sekiranya daripada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dalam kelas Supersport, hanya ada dua pelumba dari Finland iaitu Niki Tuuli dan Eemeli Lahti manakala tiada penyertaan pelumba negara itu di CEV.

Pelajari jentera 1000cc

Dalam perkembang­an berlainan, Azlan berkata, penyertaan­nya di Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2018 dalam kelas Superbike adalah sebagai persediaan awal bagi menghadapi kelas baharu Superbike di ARRC tahun depan.

“Saya di sini untuk mempelajar­i jentera 1000cc dan mempersiap­kan diri untuk cabaran baharu tahun depan,” katanya yang muncul juara bagi Perlumbaan 2, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia